Monday, November 23, 2009

HUSAM DI KELANTAN, MUKHRIZ DI KEDAH


Husam masih kekal di Kelantan, gagal lagi puak 'putar ranggah' nak pecahbelahkan PAS di Kelantan. Namun perlu diingat usaha puak ini tidak ada 'full stop'nya. Seluruh kepimpinan PR, khasnya PAS di Kelantan, hendaklah senantiasa waspada, tinggi sensitiviti dan berjiwa kental untuk menghadapi cabaran seterusnya yang sudah pasti kian hebat.

Baka dan benih puak ini bercambah dan tidak akan pupus sebagaimana yang berlaku di Asia Barat, sampai bila-bila pun Israel akan terus melanyak Palestine. Kini giliran Najib baka Tun Razak menerajui negara meneruskan usaha Tun Mahathir dan Tun Abdullah yang tidak kesampaian menakluk Kelantan. Lihat apa yang mereka lakukan kepada rakyat Kelantan, hak rakyat dinafikan dalam isu royalti minyak, berdolak dalih memberi fakta, penipuan ditutup dengan penipuan, sampai bila? Yang pasti tidak ada 'full stop' dalam kotak fikiran mereka.

Ingat, didalam puak ini juga ada baka Tun Husein, juga baka Tun Mahathir dan 'baka' Tun Abdullah. Badi kebobrokan puak ini sudah sebati dalam perjuangan mereka, maka tidak heranlah 'perjuangan yang belum selesai' akan mereka genggam sepanjang hayat.

Isu Husam, diharapkan sudah selesai, sekaligus menggagalkan usaha puak ini memecahkan tembok PAS Kelantan. Bagi aku secara peribadi memang berharap Husam bakal menjadi tokoh penting di Kelantan disamping rakan-rakan lain membantu. Malas aku nak bongkar dan paparkan strategi peribadi mereka dalam meletakkan namanya dipersada politik negara, kerana masing-masing punya strategi tersendiri. Namun biarlah 'perang' dalaman berlangsung dalam keadaan berhemah, seperti tarik rambut dalam tepung.

Nama Mukhriz, baka Tun Mahathir, tidak asing lagi baik di Kedah maupun di seluruh negara. Langkahnya sedang diatur, untuk menaiki ke mercu yang lebih selesa dalam karier politiknya. Lihat sahaja, yang terbaru, belum lagi di istiharkan prk di Kota Siputeh, penawaran diri sudah ditonjolkan. Mukhriz yang kini adalah MP Jerlun cuba menjadi juara di DUN pula. Ini bagi aku adalah strategi jangkapanjang karier politiknya, walaupun hari ini beliau diangkat Najib, tetapi belum tentu selamat. Tiada Najib, maka kembali pudar untuk Mukhriz naik keatas. Maka sebab itu beliau dilihat cuba untuk bertapak di peringkat negeri pula sebagai 'backup plan'. Sementara bapanya masih punya kuku walaupun dah tumpul beliau perlu mengambil kesempatan terbaik ini untuk menonjol. Apalagi Kota Siputeh sinonim sebagai kubu kuat umNO be end.

Namun bagi PAS PR, kalah menang sudah menjadi asam garam perjuangan mereka. Kalau Kuala Trengganu berjaya dirampas, tidak mustahil ia juga boleh berlaku di Kota Siputeh.

1 comment:

ijoks2009 said...

Salam 1Akidah,
saya setuju 100%
puak-puak putarranggah ni sejak dulu telah pasang kaki dlm pas kelantan.

BERITA TERKINI