Entah dimana silapnya, semakin mendapat kuasa semakin kacau bilau jadinya pakatan rakyat.
Baik PAS, PKR mahupun DAP nampaknya tak sendik bergolak, namun DAP lebih tenang.
PAS semakin lama berkuasa semakin goyang, tak habis-habis dengan isu dalaman.
PKR pula berdepan dengan kerenah ahli yang berhormat yang belot kepada perjuangan.
Masa berjalan begitu pantas, rakyat menilai dan menyuluh perkembangan pakatan rakyat.
Mana bisa bertahan di pru 13 nanti kalau berterusan begini apalagi mahu lebih cemerlang.
Itupun belum diambilkira kpi wakil rakyat yang dipilih di pru 12 lalu, turun padangkah mereka.
Baik adun maupun apar, tertanggungkah mereka dengan amanah yang diberi.
Wahai pejuang pakatan rakyat sekalian, sudah-sudahlah berperang sesama sendiri, rugi nanti.
Buangkanlah yang keroh dan ambillah yang jernih, bersatulah, rapatkan kembali saf.
Ketahuilah dan sedarlah rakyat berharap sangat PR memerintah Malaysia.
Masa tidak menunggu kita, pru 13 makin hampir, kalau tidak sekarang bila lagi nak bersedia.
Dari awal kemenangan aku dah sarankan, jadikan Kelantan dibawah TGNA sebagai model.
Terbukti sudah, 20 tahun memerintah, masih kental, walau taufan dan badai melanda.
Baik rakyat maupun ahli pr bersatu padu menyokong pemerintahan PAS di Kelantan.
Sudah 3 perdana menteri berlalu namun Kelantan masih teguh di bawah PAS.
Sudah bersilih ganti ketua umNO namun PAS masih tegak berkuasa di Kelantan.
Tentunya semua bersetuju, yang baik jadikanlah contoh dan model serta diikuti.
Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, pru 13 makin hampir.
Persediaan menghadapi pru 13 perlu mula dari sekarang, jangan nak berak baru lubang dicari.
Individu yang cuba porak perandakan parti perlu di nyahkan, tak rugi kalau mereka tiada.
Baik PAS, PKR atau DAP, buangkan antah dalam beras, agar nasi dapat dinikmati.
Penapis santan tidak praktikal lagi, gunalah penapis teh, agar pejuang tulen bersatu padu.
Seluruh rakyat amat berharap kemelut dalaman pr segera tamat.
Yang mana sesat, baliklah ke pangkal jalan, yang tamak haloba keluarlah dengan terhormat.
Yang lalai, segeralah sedar, yang khianat berambuslah segera.
Semoga PR bakal memerintah Malaysia.
2 comments:
santan sekarang ramai yang beli segera. Teh pun dah ada yang uncang. Tak perlu tapis-tapis...
Tapi obmak kali ni dah landa kltn juge...mungkin dari situ keluar segalanya.... moga Allah sentiasa peligara dua tok Guru dan perjuangan Islam selamanya
Post a Comment