Adakah UMNO akan mencalonkan Mugilan? Atau MIC akan mempertaruhkan sekali lagi Palanivel? Mungkinkah PERKASA juga akan turut serta, segalanya mungkin berlaku. Yang pastinya prk kali ini dilihat lebih menarik dan meriah semeriah majlis pernikahan TS Isa Samad dengan Bibi di NS. Be end nampaknya tidak mampu mencari calun yang memenuhi citarasa semua, ini fenomena biasa puak be end setiap kali menjelang pengisytiharan nama calun. Malah perangai ugut-mengugut, boikot, bubar cawangan, berarak, cah keting, alang-alang aku tak dapat biar dia juga kalah, sudah menjadi asam garam buat puak-puak ni, kerana apa? Kerana rata-rata mereka ini hanyalah penting kuasa jawatan dari berkhidmat untuk rakyat.
Untuk pengundi di P94 Hulu Selangor, jangan biarkan anda semua tergolong dari golongan yang mudah ditipu seperti mana yang berlaku di Bagan Pinang, semuanya janji kosong semata. Jika anda tidak mahu tertipu dan ditipu lagi dan lagi, ayuhlah bangkit bersama-sama seiringan, undilah Pakatan Rakyat-PKR, undilah DATUK ZAID IBRAHIM.
No comments:
Post a Comment