Saturday, May 8, 2010

SORRY PDRM, TERSILAP SAPU

Aduh, ada juga pencuri/penyamun/perompak yang punya hemah yang tinggi. Setelah kereta Perdana V6 kira-kiranya berjaya dicuri dan dibawa lari namun baru disedari bahawa kereta itu milik orang no 1 polis Selangor, pencuri itu nekad meninggalkan kereta ditepi jalan Prima Damansara, Sg Buloh.

Hebat peribadi pencuri ini penuh berhemah. Amat susah dan payah bagi seseorang untuk mengakui kesilapan diri sendiri apalagi sekiranya apa yang telah dilakukan itu memberi hasil atau pulangan untuk dirinya serta mempunyai kepentingan peribadi. Maaf dihulur walaupun dengan hanya meninggalkan nota membuktikan hamba Allah ini punya harga diri dan berhemah, kalau nak persoalkan akan profesionnya, panjang ceritanya pulak, dah memang dia dilahirkan sebagai pencuri, cari makan dengan mencuri, siang malam kerjanya mencuri.

Yang nak diketengahkan disini ialah sikap mengakui kesilapan dan menghulur kemaafan. Dunia akan lebih terpegun dan terkejut sekiranya pencuri ini berani tampil dan mengadakan pc, ha ha ha, hebat hebat. Perbandingan, dimana integriti PDRM setelah anggotanya melepaskan tembakan yang tidak sepatutnya kepada individu tertentu, hari ini seorang lagi remaja di tembak di Negeri Sembilan. Apa jadi dengan kes-kes yang lepas-lepas.

Mengakuilah kesilapan, belajarlah dari pencuri kereta diatas. Tiada ruginya maaf dihulur bak kata pepatah, 'ular menyusur akar, takkan hilang bisanya'.

No comments:

BERITA TERKINI