Thursday, July 22, 2010

DEBAT SIBER : ulama muda vs askamakalikada

Kumpulan ulama muda Umno - yang menyertai parti itu baru-baru ini - berpendapat selain tekanan daripada pelbagai pihak, ketaksuban dan keegoan juga menjadi penghalang utama perpaduan Umno-PAS.
Askamakalikada : PAS tidak merasakan apa-apa tekanan dari mana-mana pihak pun, PAS meneruskan kesinambungan perjuangan dengan meletakkan Al Quran dan Hadis sebagai asas oleh itu ketaksuban dan keegoan bukanlah sifat PAS.
Bergerak atas nama Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU), mereka melihat kerjasama Umno-PAS merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu.
Askamakalikada : usia iLMU masih bayi, tunggulah akil baligh dulu, satukan dulu ahli-ahli Umno yang bercakaran sesama sendiri berebut jawatan, pangkat dan harta kemudian baru fikirkan bagaimana nak satukan Umno-PAS.
Jurucakapnya Fathul Bari Mat Jahaya juga mengenepikan dakwaan bahawa hanya PAS mendukung Islam dan hanya Umno menduduk bangsa Melayu kerana perlembagaan "menggambarkan orang Melayu adalah beragama Islam".
Askamakalikada : tepat sekali, PAS dulu, kini dan selama-lamanya mendukung Islam dan Umno pula meletakkan Islam selepas Melayu, betul apa yang termaktub dalam perlembagaan, tetapi keagungan Islam tidak menjadi kenyataan dengan hanya ditulis dan dibaca didalam perlembagaan tanpa perlaksanaan yang menjuruskan kearah agungnya Islam itu. Buktinya, adakah angka gejala sosial meningkat atau berkurangan, puncanya, dengan wujudnya tempat-tempat hiburan melalaikan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan.
"Jadi perjuangan memartabatkan agama juga bererti perjuangan memartabatkan bangsa.
Askamakalikada : tidak, perjuangan menegakkan Islam adalah perjuangan untuk manusia sejagat bukan untuk bangsa spesifik.
"Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu bagi mengimbangi dasar perjuangan masing-masing," kata Fathul.
Askamakalikada : tidak boleh bersatu kerana dasar perjuangan yang berbeza, PAS letak Islam teratas tapi Umno letak Melayu diatas, pertembungan akan berlaku malah bukan perpaduan yang tercipta malah perpecahan makin menjadi, PAS nak imarahkan masjid sedia ada tapi Umno nak bina masjid yang besar dan hebat dengan kos yang mahal, untuk beri untung kontraktor-kontraktor Melayu walaupun tanpa jemaah.
Beliau mengulas hasrat melihat perpaduan dua parti yang berasaskan sokongan Melayu itu setelah disuarakan kembali oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.
Askamakalikada : Mufti Perak boleh bersuara apa sahaja yang beliau mahu, malah beliau juga boleh menjadi 'bisu' bila melihat ketidakadilan berlaku. Apakah tanggungjawab Mufti hanya bersuara tanpa perlaksanaan, di bandaraya Ipoh, lihat berapa banyak tempat-tempat maksiat, apa yang beliau buat selama ini sebagai seorang Mufti?
Berlaku debat panjang di media berhubung perkara itu di mana pemimpin Umno rata-rata dilihat menunjukkan keterbukaan, manakala pemimpin kanan PAS pula kuat menentangnya.
Askamakalikada : kenapa sekarang baru bersikap terbuka, setelah dilihat seakan nak kehilangan kuasa baru nak terbuka, PAS pula tetap dilihat menentang, bukan sahaja pemimpin kanan PAS menentang, malah kalau ditanya akar umbi sekalipun mau penampar jepun singgah dimuka.
Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Fathul turut mempersoalkan kenapa ada suara sumbang terhadap cadangan kerjasama tersebut walaupun disuarakan oleh pemimpin tertinggi negara dan ilmuan Islam.
Askamakalikada : suara penentangan terhadap cadangan kerjasama ini bukanlah suara sumbang, tapi itulah suara ikhlas dari mereka yang pernah di tipu dan di aniayai dahulu, bila lemah ajak bersatu, bila dah gagah di halau pula.
'Mengapa tidak maafkan saudara kita?'
Askamakalikada : Ya, PAS maafkan, tapi PAS tak mahu bersatu, puashati?
"Mungkin ada yang bersuara, pengalaman lalu membuktikan bahawa Umno-PAS tidak mungkin bersatu. Sangkaan seperti ini sebenarnya jauh tersasar.
Askamakalikada : bukan mungkin, memang ada yang bersuara begitu, PAS Kelantan pernah merasai 'nikmat' bersatu dengan Umno, lihatlah sejarah lampau wahai ulama muda.
"Sewajarnya kita melihat ke hadapan, bukan semata-mata menjadikan kenangan lalu sebagai penutup bagi segala kebaikan," katanya.
Askamakalikada : bukankah sejarah itu mengajar kita, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan! Dan PAS sentiasa berjuang untuk mencapai cita-cita di hadapan yang masih belum tercapai dan dalam masa yang sama belajar daripada sejarah.
Fathul menjelaskan, setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan dan "mengapa tidak kita sebagai manusia memaafkan saudara kita".
Askamakalikada : Ya, PAS maafkan, tapi PAS tak mahu bersatu, sekali lagi, puashati?
"Mungkin ada yang berkata, mereka (Umno) ini tak ikhlas nak bersatu. Siapa kita untuk mengetahui hati-hati manusia?
Askamakalikada : dan siapa pula ulama muda yang nak kata Umno ikhlas? PAS Kelantan setelah dapat memerintah semula Kelantan dengan di pimpin TGNA, sehingga hari ini Umno masih 'mengacau'. Lihat di Selangor, setelah Umno kalah di PRU 12, sehingga hari ini tak sendik-sendik mengganggu kerajaan PR Selangor. Dan yang masih segar dalam ingatan, MB Perak dari PAS, Dato' Seri Nizar, bagaimana beliau diperlakukan? Bagaimanalah PAS nak percaya puak yang sebegini?
"Bahkan kita tidak dijadikan untuk merobek hati-hati manusia," kata ulama lepasan universiti di Jordan dan Madinah itu.
Askamakalikada : PAS tidak pernah merobek hati-hati pendokong dan penyokong mereka, bagaimana pula Umno yang pernah merobek hati-hati rakyat Malaysia, golongan apa mereka ini wahai ulama muda?
"Maka, apabila saudara kita datang untuk berdamai, sewajarnya kita berusaha untuk memurnikan keadaan "bukan terus mencipta fitnah dan tuduhan."
Askamakalikada : PAS tidak pernah memfitnah dan menuduh, tapi apa yang PAS bongkar semuanya tidak disiasat dengan adil dan betul. Bagaimana pula golongan yang memfitnah DSAI dengan kes liwat yang pertama dulu sehingga beliau dikurung dan akhirnya diputuskan tiada kes?
Sambil memetik firman Allah yang memerintahkan manusia supaya saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan, Fathul berhujah sejarah Islam membuktikan sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Islam, penindasan tidak akan berlaku.
Askamakalikada : Benar, PAS sentiasa memegang kalam Allah SWT. Apakah Umno yang ulama muda kenal itu benar-benar menghayati ajaran Islam dan tidak melakukan penindasan? Dan apakah Umno yang ulama muda 'cintai' itu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan? Adakah ulama muda sedar apa yang berlaku di Perak itu satu penindasan, penafian hak? Adakah ulama muda sedar royalti minyak untuk Kelantan dinafikan dan inikah dinamakan tolong menolong dalam perkara kebaikan?
"Perpaduan adalah jambatan penyelesaian bagi segala permasalahan bahkan menjanjikan kejayaan yang berpanjangan," katanya lagi.
Askamakalikada : tidak semestinya, rasanya lebih baik ulama muda tumpukan perhatian untuk menyatukan Umno dulu yang kini sedang teruk berpecah,
pergilah ke Rantau Panjang, Kelantan, berkunjunglah ke Trengganu, melawatlah negeri Perlis, singgahlah di Selangor, jengoklah Permatang Pauh, intai-intailah
Umno Perak, jelinglah Umno Pulau Pinang, dan banyak lagi, insyaAllah PAS akan tertarik sekiranya Umno benar-benar bersatu dan Islam diletakkan ditempatnya.

Fathul antara 40 ulama muda yang menyertai Umno pada 25 Jun lalu - projek yang dilihat cuba menarik kembali golongan agama terhadap parti itu yang jauh ketinggalan berbanding PAS.
Askamakalikada : jauh ketinggalan berbanding PAS? Dari sudut mana tu wahai ulama muda? Kalau dah tahu jauh tertinggal berbanding PAS malah dah diberi
peluang 50 tahun lebih memerintah, masih tertinggal, rasanya ulama muda sendiri sertu serulah yang dalam Umno tinggalkan Umno dan masuk PAS.


Takbir ! Takbir ! Takbir !

3 comments:

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site www.blogger.com
Is this possible?

Abu Amirul said...

no problem. thanks anyway.

Anonymous said...

I would like to exchange links with your site askamakalikada.blogspot.com
Is this possible?

BERITA TERKINI