Saturday, August 7, 2010

SETELAH 52 TAHUN MERDEKA (2)


Banggakah kita disaat kita bakal menyambut 53 tahun Merdeka, sekiranya .................................
kes pembuangan bayi masih menjadi igauan buruk seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.

Hasil setelah 52 tahun MERDEKA dibawah pemerintahan umno-be end, kes PEMBUANGAN BAYI menjadi satu topik hangat. Ianya dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat, baik pemimpin teratas sehinggalah golongan marhaen, yang diutara maupun yang diselatan, yang ditimur maupun dibarat, diseberang Malaysia Timur malah juga di Semenanjung, baik lelaki maupun perempuan, tidak kira kaum dan warna kulit malah hampir dibincang hampir setiap detik dan masa. Adalah malang bagi kita di ambang usia 53 tahun MERDEKA, masih kedapatan manusia jahiliah menyedut udara anugerah Allah SWT di bumi Malaysia.

Kata pepatah, 'nasi dah jadi bubur', akibat alpanya pemerintah dalam membentuk sahsiah rakyat Malaysia beginilah hasil yang generasi pemimpin hari ini menanggungnya. Bukan fingure pointing, tetapi itulah realitinya yang mesti diakur pemerintah kini. Kalau hasil ini dijadikan sebagai KPI, sudah terang lagi bersuluh pemerintah hari ini yang meneruskan kesinambungan pemerintah lampau GAGAL dalam membentuk rakyat Malaysia mejadi rakyat yang bertamaddun. Kerana apa? Kerana menjana pembangunan material lebih diutamakan dari pembangunan sosial.

Kalau diamati perbincangan yang terbanyak, ianya lebih fokus kepada bagaimana untuk menangani atau membendung gejala pembuangan bayi ini dari menjadi-jadi. Tiada perbincangan yang menjurus kepada mematikan punca-punca kenapa pembuangan bayi ini terjadi.

Saya cuba sedaya upaya dengan daya akal anugerah Allah SWT ini melontar cadangan 5 sen saya dalam kita menghadapi tabiat pembuangan bayi ini.

Tidak perlu kita kaji punca hamil luar nikah, sudah tentu datangnya dari persetubuhan luar nikah atau persetubuhan haram atau zina akibat dari pergaulan bebas. Tapi, dimana dan bila mungkin berlaku aktiviti haram ini?

Dimana kemungkinan berlakunya aktiviti haram ini? Andai keselesaan diambilkira besar kemungkinan ianya boleh berlaku di hotel-hotel, rumah-rumah tumpangan dan yang sewaktu dengannya. Begitu juga mungkin juga boleh berlaku di rumah-rumah sewa, terutama sekali rumah sewa bujang samada yang lelaki ataupun perempuan. Ianya boleh juga dilakukan diasrama-asrama, baik asrama di pusat pengajian tinggi maupun asrama pekerja. Nafsu syaitan tidak mengira tempat, ianya boleh juga berlaku di dalam kampus sesebuah pusat pengajian tinggi yang keluasan kampusnya yang hampir menyamai keluasan sesebuah kampung. Syaitan terus menghasut, didalam kenderaan juga boleh berlaku seperti didalam kereta yang di 'parking' ditepi-tepi pantai atau ditempat-tempat riadah yang gelap hatta didalam keretapi yang turut menyediakan tempat-tempat tidur.

Dari mana pasangan-pasangan ini memulakan agenda haram mereka? Tentunya mereka ini berhibur terlebih dahulu sebelum singgah bermalam atau membawa pasangan masing balik untuk meneruskan aktiviti seks haram. Bila sudah lalai dengan hiburan yang mengasyikkan, tambah lagi kesan tegukan air syaitan sudah tentunya membuatkan mereka terus lalai dan termakan hasutan syaitan. Dimana? Disko-disko, kelab-kelab malam, pusat-pusat karaoke, konsert-konsert, panggung-panggung wayang dan banyak lagi menjadi tempat permulaan untuk menjurus kepada aktiviti haram seterusnya.

Bagi saya inilah punca asas terjadinya hamil haram. Tidak dinafikan, dan pastinya pengetahuan ugama menjadi perisai utama kepada manusia terhadap bisikan syaitan yang akan terus menyesatkan manusia sejak dulu, kini dan selamanya.......

Bagaimana pula untuk mematikan punca-punca yang telah disebutkan diatas :

1. Pusat-pusat disko, kelab-kelab malam dan pusat-pusat karaoke -
a. beroperasi sehingga jam 12 tengahmalam sahaja,
b. melarang pengunjung-pengunjung yang beragama Islam dari memasuki pusat-pusat hiburan ini dengan menempatkan pegawai penguatkuasa untuk tujuan pemantauan,
c. suasana didalam hendaklah terang dan tidak gelap supaya tingkah laku pengunjung bukan beragama Islam dapat dipantau - dalam terang pun boleh menyanyi jugak,
d. pelayan wanita atau GRO dilarang memakai pakaian yang menjolok mata,
e. seluruh pusat-pusat hiburan ini hendaklah mempunyai rangkaian cctv yang dipantau oleh pegawai penguatkuasa termasuklah didalam bilik-bilik karaoke dan
f. tindakan tegas seperti membatalkan lesen pusat-pusat hiburan hendaklah diambil kepada pengusaha-pengusaha yang engkar dalam melaksanakan peraturan diatas, tiada lagi amaran dan amaran.

2. Panggung-panggung wayang -
a. juga beroperasi sehingga jam 12 tengahmalam sahaja dan
b. mempunyai rangkaian cctv didalam panggung-panggung wayang yang dipantau oleh pengawai penguatkuasa.

3. Konsert-konsert -
a. diadakan sehingga jam 12 tengahmalam sahaja,
b. suasana sekitar hendaklah terang benderang tidak kira dimana lokasi konsert, dan
c. tiada hidangan minuman keras semasa konsert berlangsung.

4. Hotel, rumah tumpangan, motel dan yang sewaktu dengannya -
a. semua tempat penginapan ini hendaklah tidak membenarkan mana pasangan-pasangan yang belum berkahwin menginap atau menyewa bilik-bilik tidur - pemantauan hendaklah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa yang ditempatkan disemua lokasi,
b. penguatkuasaan ini dikenakan kepada semua tempat penginapan tanpa mengira taraf hotel tersebut, baik 5 bintang maupun yang tiada bintang dan
c. tindakan tegas seperti membatalkan lesen-lesen pengusaha-pengusaha hotel hendaklah diambil sekiranya mereka engkar mematuhi peraturan-peraturan seperti diatas.

5. Pusat-pusat riadah seperti taman-taman bunga, taman tasek dan pantai-pantai (termasuk kawasan kampus pusat pengajian tinggi) -
a. mempunyai cahaya lampu limpah di seluruh kawasan,
b. menempatkan pengawai-pengawai penguatkuasa kekal, dan
c. sentiasa memantau gelagat dan tingkah laku pengunjung serta bertindak tegas terhadap pasangan-pasangan yang berkeadaan tidak senonoh.

6. Asrama-asrama (sekolah, pusat pengajian atau pekerja) -
a. pengasingan antara jantina mestilah berkuatkuasa,
b. pemantauan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa kekal hendaklah sentiasa dilakukan,
c. tindakan disiplin yang tegas hendaklah diambil kepada penghuni yang melanggar peraturan,
d. suasana sekitar asrama mestilah bercahaya pada waktu malam, dan
e. penghuni asrama hendaklah berada dibilik masing-masing selepas jam 12 tengahmalam.

7. Rumah-rumah sewaan -
a. tuan rumah atau wakil hendaklah memastikan penyewa bukan terdiri dari pasangan yang belum berkahwin,
b. tuan rumah atau wakil hendaklah mendaftar atau memaklumkan kepada pihak penguatkuasa rumah-rumah sewaan mereka terutama sekali rumah yang disewa kepada penyewa-penyewa bujang - untuk tujuan pemantauan, dan
c. tindakan seperti kompaun boleh dikenakan kepada mana-mana tuan-tuan rumah atau wakil sekiranya penghuni rumah sewaan mereka didapati melakukan kelakuan sumbang seperti ditangkap khalwat atau berzina.

8. Pengangkutan awam yang menyediakan tempat tidur (keretapi, kapal-kapal pelancung) -
a. pengusaha dengan dikawal oleh pegawai penguatkuasa hendaklah memastikan tiada pasangan yang tidak sah dibenarkan mengguna kemudahan tempat tidur,
b. pegawai penguatkuasa kekal hendaklah ditempatkan dilokasi bertujuan memantau tingkah laku pengguna, dan
c. tindakan tegas hendaklah diambil kepada pengusaha sekiranya didapati melanggar peraturan diatas.

9. Ibubapa atau penjaga -
a. hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka pada setiap masa dan memastikan anak-anak berada dirumah selepas jam 12 tengahmalam,
b. denda atau kompaun juga boleh dikenakan terhadap ibubapa atau penjaga sekiranya anak-anak mereka didapati bersalah didalam kes-kes khalwat, zina atau dadah, dan
c. mestilah secara berterusan memberikan didikan agama peringkat awal dirumah selain dari membawa mereka kepada ceramah-ceramah agama dimasjid-masjid atau surau-surau.

Paling utama, menjadi tanggungjawab pemerintah dalam memastikan siasah rakyat berada dilandasan yang betul. Program-program syiar Islam hendaklah diperhebatkan dan dilipatgandakan demi pembentukan peribadi mulia golongan remaja agar mereka mampu berfikir yang mana baik yang mana buruk dan yang mana pahala yang mana dosa. Jangan hanya memikirkan dan mendahulukan pembangunan material semata-mata. Apa erti pembangunan material yang hebat sesebuah negara sekiranya rakyat masih mengamalkan cara hidup jahiliyah.

Kalau sudah gagal setelah 52 tahun diberi peluang lebih baik undur diri dan berilah peluang kepada orang lain lagipun hidup ini bukan nak tongkat langit, biar mati meninggalkan nama yang baik dan dikenang rakyat dari hidup menjadi pemerintah yang dibenci rakyat.

3 comments:

Iaryylr said...

Selamat Pagi Saudara,kes buang bayi memang menggila tiada taranya jika hendak dibandingkan dengan mana-mana negara lain?, setiap hari kalau 1 sebulan 30, kalau setahun? malah jumlah sebenarnya pasti sukar dipercayai walau itulah hakikatnya. Cuba saudara buat entri tentang pembalasan mereka yang terlibat.. entahlah, maksiat satu hal, buang bayi satu hal, bila bayi itu tidak bernyawa satu hal... rasanya tidak berkesudahan untuk jangka masa yang panjang sebab generasi terlibat adalah dari zaman pemerintah terdahulu dan terkini.Tidak kira yang terlibat itu bumi atau asing, jika tindakkan drastik dapat dikuatkuasakan, pasti peratusan kes tersebut menurun dengan mendadak.. .

Idalara said...

Assalamualaikum..
mudah2an kita dan keluarga kita sentiasa terpelihara dari segala gejala yg salah di sisi Agama.

ps terimakasih singgah dan follow sy..alhamdulillah sy sudah pun jd pengikut sdr.

AKU BUKAN me LAYU said...

SALAMMMMM...

Mana boleh buat undang2 mcm tuuuu,
nanti 1 MALAYSIA ni mundurrrrrr, nanti TUHAN BIJAN BE END tanya kalau 1 MALAYSIA ni MUNDUR siapa salah????,
haaa itu jam
sapa yg nak jawab....

Jadi tolong2 jangan bagi cadangan
mcm tu lagi OK...

Skian trimas..

BERITA TERKINI