Sunday, May 31, 2009

N12 PENANTI (7) - SEJARAH BESAR TERCIPTA


1. ALHAMDULILLAH SYUKUR, kemenangan bergaya yang sudah pastinya berpihak kepada PKR PR (tak payah lah nak tunggu keputusan rasmi).


2. SETINGGI KALUNGAN TAHNIAH kepada YB DR MANSOR OTHMAN Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru. Namun jangan lupa dengan janji-janji yang ditaburkan, berkhidmatlah dengan baik, adil seadil-adilnya kepada seluruh rakyat Pulau Pinang dan selalulah dekati rakyat agar rakyat terus menghormati YB dan terus memilih YB di pilihanraya yang akan datang.

3. Yang pentingnya, sejarah besar tercipta di Penanti :

a) Dunia menyaksikan PRK PENANTI adalah pilihanraya yang paling aman didunia, jelas lagi bersuluh tanpa kelibat umNO b end sejak dari hari penamaan calon hinggalah disaat hari mengundi tiada pergaduhan, tiada perbalahan, tiada samseng, tiada tumbuk-menumbuk, tiada caci mencaci, malah tiada report polis dilakukan dan tiada sabotaj.

b) PRK yang paling 'miskin' tanpa fulus ditaburkan sewenang-wenangnya, seperti projek mee segera. Tiada tar baru di jalanraya Penanti, tiada janji-janji kosong, tiada wang berterbangan kesana sini untuk membeli undi, tiada mesin jahit, tiada basikal. Ini semua akan dilakukan oleh umNO b end sekiranya mereka bertanding.

c) Tiada tokoh-tokoh besar kerajaan umNO b end turun padang, yang pastinya dicemuh oleh rakyat Penanti sekiranya golongan ini hadir di Penanti.

d) Sejarah tercipta : peratus keluar mengundi yang paling rendah dalam sejarah pilihanraya di Malaysia, hanya 46% keluar mengundi.

e) Sekali lagi sejarah Selambau berulang, semua calon bebas hilang deposit.

f) Dua kali dah bertanding di tahun 2009, Ramizu hanya mampu meraih kurang daripada undi yang diperolehinya di Bukit Gantang. Mungkin dia akan ke Manek Urai pula.

KESIMPULANNYA - WAHAI DUNIA LIHATLAH BETAPA AMAN SEJAHTERANYA RAKYAT MALAYSIA HIDUP TANPA umNO b end.


N12 PENANTI (6) - TERKINI DAN YANG PASTI


BERITA TERKINI - PKR PR MENGUNGGULI JUMLAH UNDI DENGAN 6,266 UNDI.
TAPI YANG PASTI - KE TIGA-TIGA CALON BEBAS BAKAL KEHILANGAN DEPOSIT!

1. PRK MU - MANEK URAI, BUKAN MANCHESTER UNITED!


1. MU di Kelantan adalah Manek Urai, tapi MU di England adalah Manchester United. Manek Urai di Kelantan bakal menyaksikan satu lagi pertembungan besar antara b end dan PR bilamana PRK akan diadakan nanti.

2. Pada PRU12, Manek Urai ditawan oleh PAS PR dengan majoriti 1,352 undi, PAS memperolehi 5,746 undi manakala b end mendapat 4,394 undi. Manek Urai mempunyai 12,293 pengundi berdaftar yang mana 99% adalah terdiri dari pengundi Melayu dan 1% lagi dari kaum Tionghua dan India. Pekan Manek Urai yang tidak berapa jauh dari Bandar Kuala Krai terdiri dari Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru. Boleh sampai ke Pekan Manek Urai menggunakan keretapi dan juga jalan darat. DUN Manek Urai ditakluk oleh arwah Pak Su Weil selama 5 penggal, ini kerana arwah adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Rakyat Manek Urai rata-ratanya menghormati arwah, disegani kawan dan lawan. DUN Manek Urai berjiran dengan DUN Dabong yang juga di tawan PAS PR, ini memudahkan lagi kedua-dua wakil rakyat bekerjasama dan berkhidmat kepada rakyat.

3. PRK N41 Manek Urai - penamaan calon akan diadakan pada 6hb Julai dan 14hb Julai adalah hari mengundi. Aku bimbang sekiranya umNO b end benar-benar mahu bertanding, bukan bimbang kalah atau menang (yang pastinya PAS PR akan menang) tapi bimbang Manek Urai yang aman dan tenteram, akan menjadi medan 'perang' paling kotor kerana dunia tahu fe'el perangai spesis 1 mata 1 telinga bertindak dalam PRK, lagipun puak-puak ni berehat panjang sebab tak bekerja di Penanti. Walaubagaimanapun aku yakin, rakyat Kelantan lebih bijak dari mereka dan akan berjaya mengekang dan mematahkan serangan puak-puak umNo b end, buku bertemu ruas lah nanti.

4. Siapa calon-calonnya? PAS PR sudah pastinya menampilkan calon yang bersifat sederhana, rendah diri dan mampu mendekati bersama rakyat Manek Urai. umNO b end pula, dengar kata dah mula melobi nak menjadi calon. Lari dari Penanti, Manek Urai tak dapat nak elak, sebabnya kalau lari lagi jelas lagi bersuluh umNO b end memang takut pada pilihanraya. Sebut saja pilihanraya, orang umNO b end akan takut, seperti mana setan takut bila mendengar surah Yaa Siin di baca. Kalau susah-susah nak cari calon, aku cadangkan beri laluan kepada Ibrahim Ali bertanding, barulah kita boleh ukur sejauh mana kehebatan Ibrahim Ali, lagipun sekarang inipun dia dah 'lompat' lagi menyokong umNO b end pulak, gila talak dia ni. Tentu Ibrahim Ali tak berani, sebab dia hanya jaguh kampung aje, bertanding di Pasir Mas pun pernah kalah, mana nak mampu bertanding di tempat lain. Ataupun aku cadangkan supaya mufti dari negeri pasir berdengung dicalonkan, kalau dah nak campur dan menyebelahi sebelah pihak aje baik main politik sepenuh masa. Mana tahu satu hari nanti boleh bawa JomHeboh ke Manek Urai.

5. Dan kalau dah tak ada calon yang benar-benar berwibawa, baik tak payah bertanding, elakkan pembaziran wang rakyat. Jadi pemerhati aje cukuplah, sambil belajar bagaimana PAS PR menghadapi pilihanraya dengan berhemah.

Saturday, May 30, 2009

N12 PENANTI (5) - 'PRESIDEN' BEBAS TURUN BERKEMPEN?


1. Last 'kopek' iaitu hari terakhir biasanya tokoh-tokoh besar turun berkempen menentang PR pada setiap kali pilihanraya kecil. Namun kali ini nampaknya kelibat puak-puak spesis 1 mata 1 telinga tidak kelihatan. Macamana dia orang nak ada, dia orang tak bertanding. Ya tak ya jugak. Tapi kalau bertanding, puak-puak ni turun pun tak ada maknanya. Malah kalau Tun Mahathir turun pun kalah juga! Dalam PRU12 dulu salahkan KJ, kalah teruk, tapi di Bukit Gantang tempohari Tun turun berkempen pun makin teruk kalahnya! KJ tentu seronok dengar cerita ini, cuma KJ tak berani nak berkokok aje.


2. 'Tokoh' yang patut turun disaat akhir di Penanti sepatutnya 'presiden' bebas. Yalah 3 orang anak buahnya menjadi calon. Siapa 'tokoh' ini? Dunia tahu, siapa lagi kalau bukan al kataki dari Pasir Mas, 'presiden' bebas. Mana-mana wakil rakyat bebas, memang bebas untuk berkempen di Penanti, kerana ahli-ahli mereka bertanding, umNO b END tak boleh datang untuk berkempen, malah bendera parti yang tidak bertanding pun tak boleh dinaikkan. Tapi al kataki dari Pasir Mas adalah 'presiden' bebas, dia boleh datang berkempen. Kalau dia datang sudah tentu akan diiringi oleh ahli 'MT' bebas yang tersohor, 4 ekor katak dari Perak tu.


3. Kalau 'presiden' bebas ni rasa dia hebat sangat, hinggakan lupa jasa-jasa PAS menyelamatkan dia dari umNO, datanglah berkempen di Penanti untuk menghentam PAS & PR. Di Kelantan 'presiden' bebas al kataki ni dah tak laku dah, di Pasir Mas tempat dia sendiri pun orang dah tak layan. Dia kini sendirian, tapi tak apa, dia kan bebas. Baru-baru ini di satu tempat menuju ke Rantau Panjang, Kelantan, majlis yang dianjurkannya tidak mendapat sambutan langsung, anak-anak muda pun dah menjauhi beliau, malah majlis beliau di 'boo' orang sekekliling. Begitulah nasib al kataki yang tidak sedar diri. Bagi aku PAS seperti melepaskan anjing tersepit. Aku cadangkan supaya 'presiden' bebas al kataki ini bertanding di N41 Manek Urai nanti, harap umNO b END dapat memberi laluan kepada al kataki ini bertanding. Kita lihat sejauh mana hebatnya al kataki ini, atau hanya jaguh kampung yang hanya dikenali di Pasir Mas, itupun kini rakyat Pasir Mas, termasuk aku, tak akui lagi dia sebagai wakil rakyat Pasir Mas.

4. PKR PR pasti akan menang!

BERITA TERKINI