"Kalaulah Hang Tuah masih hidup, tentu dia dapat mengusir memanda ketua menteri", titah Sultan Melaka. Lalu Bendahara segera berkata, "Ampun tuanku, sembah patik mohon di ampun, hamba mohon sembah derhaka, sebenarnya Hang Tuah masih hidup, tuanku". "Masih hidup? Kalau begitu, segera bawa Hang Tuah mengadap, beta mahu Hang Tuah mengusir memanda ketua menteri yang rasuah, tak cukup dengan tidak layak bertanding".
Kalau dah dihukum dan tak layak bertanding tu maknanya, bersalah lah tu. Bersalah dalam rasuah politik. Itulah UMNO, dah bersalah rasuah, hukuman cuma tak layak bertanding aje! Biasalah tu. Lepas tu pulak, ada lagi lahabau yang masih memberi sokongan, kononnya sokongan tak berbelah bagi. Bagai irama dan lagu, begitulah juga UMNO dan RASUAH tak dapat dipisahkan, andai terpisah maka pincanglah UMNO. Ali tu bukankah Ketua Menteri Melaka, tak malukah rakyat Melaka Negeri Hang Tuah mendapat ketua KERAjaan yang rasuah. Bagi UMNO Melaka, biasalah tu. Ali dah patut berundur dan letak jawatan sebagai Ketua Menteri. Aku agak alasannya, saya lakukan bukan atas kapasiti Ketua Menteri Melaka, tetapi atas nama parti. Memanglah, tapi body sama juga, orang yang sama, kalau perangai dalam parti macam tu apa kurangnya perangai sebagai Ketua Menteri! 2X5 = 5X2.
Ni sorang lagi, KJ, kena amaran aje? Apapun memang jelas bersalah, rasuah jugak! Mana nak sorok muka bapak mertua dia? Malu-malu. Ah, biasalah tu. Kan UMNO dan RASUAH tu tak boleh dipisahkan. Elok tarik diri ajelah dari bertanding Ketua Pemuda tu, kalah teruk nanti lagilah malu. Takkan pemuda-pemuda yang cerdik pandai nak pilih perasuah yang dah memang bersalah. Kalau pilih jugak maka sahlah, RASUAH dalam UMNO adalah halal bagi mereka.
Kita harap, kedua-dua mereka ini datang bantu BN berkempen, baik di Bukit Gantang ke, Bukit Selambau ke atau Batang Ai. Kita sambut mereka secara besar-besaran. Kita war-war kepada seluruh pengundi, rombongan perasuah datang berkempen, datanglah beramai-ramai tengok muka perasuah, lepas tu balik, tak payah dengar kempen mereka yang perasuah.
Teringat aku pada lagu ini. Lagu siapa ya, aku pun dah lupa.
"bagai musafir HAUS...AR di tengah padang pasir,
di harap dapat meminum seteguk RA...SUAH....."
Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Tuesday, March 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
lagu kump rock SYJ...aku rasa lah (org otai2 jer tahu wujudnya kumpulan ni)
Post a Comment