Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Saturday, October 23, 2010
PRK GALAS : PRK di Galas, umNO kempen di Manek Urai, umNO tewas di Kota Bharu.
Friday, October 1, 2010
PRK GALAS - KU LI DI PERLEKEH UMNO
Patutkah batang tubuh yang bernama Ku Li di pertaruhkan menjadi calon di peringkat negeri iaitu ADUN? Bagi saya cadangan ketua pemuda umNO Kelantan dan disokong pula oleh ketua pemuda umNO Gua Musang sendiri itu tak ubah seperti memperlekehkan ketokohan Ku Li. Umum tahu Ku Li bertaraf nasional bukannya peringkat negeri, cadangan mencalonkan Ku Li umpama tidak menghormati ketokohan seniornya apalagi Ku Li yang bukan sahaja bekas menteri kanan yang disegani di Malaysia tetapi juga di kenali di peringkat antarabangsa. Pendek akal bagi orang yang tergamak memberi cadangan mencalonkan Ku Li.
Pertaruhkan Ku Li menjadi pengarah pilihanraya seperti di laungkan TPM juga bagi saya tidak kena pada tempatnya. Awal-awal lagi TPM cuba untuk mengelak yang mana kebiasaaannya pengarah bagi pilihanraya kecil di letakkan dibahu TPM. Yang tersuratnya cubaan men'taichi' TPM ini dilihat takut untuk memikul tanggungjawab apalagi bakal berdepan dengan 'gergasi' politik tanahair, PAS/PR. Sebaliknya yang tersirat, TPM cuba terjemahkan betapa tiada kredibilitinya Dato' Pa sebagai ketua perhubungan umNO Kelantan kerana prk ini adalah taraf negeri sahaja. Sepatutnya Dato' Pa lah dilantik menjadi panglima perang. Malang bagi Dato' Pa.
Jika benar umNO Kelantan khasnya, umNO Malaysia amnya, menghormati dan menyedari ketokohan Ku Li, beliau sepatutnya dilantik khas sebagai penasihat pilihanraya bukannya pengarah pilihanraya jauh sekali dijadikan calon.
Nampak sangat umNO cuba memperlekehkan Ku Li.
Monday, September 27, 2010
AL-FATIHAH
Saturday, September 25, 2010
I'DA WORLD UTUSAN HULAGU KHAN MODEN ?
Kejayaan Hulagu Khan menakluk kota Baghdad tidak mungkin berhasil tanpa bantuan pengkhianat dan pembelot Umayiduddin Muhamad al-Aqami yang juga salah seorang menteri Khalifah al-Musta'shim Billah sendiri. Berbagai cara dan muslihat dirancang oleh Umayiduddin yang dijadikan utusan perantara Hulagu Khan dengan Khalifah al-Musta'shim Billah.
Kini muncul pula I'DA WORLD yang menjadi utusan Hulagu Khan Moden?
Sunday, September 12, 2010
PERKASA DIBUNGKUS !
Malang perkasa dibungkus umNO
Perkasa yang tiada jasa
Perkasa yang penuh noda
Perkasa yang tiada bisa
umNO membungkus perkasa yang malang
Malang perkasa dibungkus umNO
Perkasa pencetus dosa
Perkasa pencipta seksa
Perkasa yang tak sasa
umNO membungkus perkasa yang malang
umNO membungkus Ibrahim Ali !
Ibrahim Ali dibungkus umNO !
Thursday, September 9, 2010
SALAM AIDILFITRI
SALAM AIDILFITRI UNTUK SELURUH UMAT ISLAM DI DUNIA, KHAS BUAT MUSLIMIN DI MALAYSIA DAN PALING ISTIMEWA UNTUK PARA-PARA PEJUANG YANG SENTIASA MELETAKKAN ISLAM DIPUNCAK DALAM PERJUANGAN MEREKA. SEMOGA SEGALA USAHA PERJUANGAN DIBERKATI ALLAH AZZAWAJALLA.
MAAF DIPINTA ANDAI ADA KHILAF SELAMA ASKAMAKALIKADA BERBICARA DIALAM MAYA INI.
Tuesday, August 31, 2010
DEKATI ISLAM MARAH, KERJA MUNGKAR SOKONG !
Cina dekati masjid, marah
Cina dekati surau, marah
Cina nak kenal Islam, marah
India juga naik kecut
Nak jadi juara pertahan masjid & surau
Cina masuk masjid, halau
Cina masuk surau, halau
Cina nak kenal Islam, halang
India juga naik takut
JAIS hebat?
MAIS hebat?
umNO hebat?
Konon nak jaga Islam!
Melayu Islam masuk pub minum arak, boleh
Melayu Islam masuk disko mabuk, boleh
Melayu Islam masuk judi genting, boleh
Melayu Islam masuk pub bawak betina, boleh
Melayu Islam masuk kelab malam ambil gro, boleh
Melayu Islam masuk mengurut, boleh
Setan seronok tengok
Tak percaya tanya Awang Adek
Tak percaya tanya Ibrahim Ali
Sunday, August 29, 2010
PENDAKWAH YANG TAKUT MATI
Friday, August 27, 2010
FELDA DI MINANGKABAU
"Felda diarah bayar peneroka RM11 juta - Selepas lebih sepuluh tahun, akhirnya 354 peneroka Felda Kemahang Tiga dari Kelantan mendapat khabar gembira apabila Mahkamah Persekutuan hari ini mengarahkan Felda membayar mereka RM11 juta kerana menipu peneroka berkenaan berhubung gred buah kelapa sawit."
Sejarah Minangkabau ada menceritakan bagaimana orang-orang Minangkabau terkejut 'beruk' apabila Belanda mengeluarkan perintah supaya cukai dikenakan kepada mereka. Setelah Belanda dibantu orang-orang Minangkabau menewaskan Inggeris, dan selepas Belanda berjaya menguasai adat orang-orang Minangkabau kini orang-orang Minangkabau akan dibebankan pula dengan cukai. Tidak puas dengan memerah keringat dan darah rakyat dengan arahan menanam kopi secara paksa dan dipaksa pula menjualnya kepada kompeni Belanda kini cukai pula dikenakan. Bukan nilai cukai yang orang-orang Minangkabau pertikaikan, tetapi bagi mereka pengenaan cukai ini membawa erti mereka bukan lagi rakyat yang MERDEKA kerana mereka seolah-olah menyewa di tanah mereka sendiri. Seumpama hamba dibumi sendiri yang terpaksa merempat, bak itik di air mati kehausan. Rentetan ketidakpuasan hati inilah berlaku penghijrahan beramai-ramai orang-orang Minangkabau ke Malaya (ketika itu) terutama sekali ke Kelang.
Sejarah ini berulang lagi, bilamana peneroka Felda ditipu sejak 1995 lagi. Lihatlah betapa rakusnya FELDA 'BELANDA' ini, setelah diberi mandat dan kepercayaan memajukan kaum peneroka mereka mengambil kesempatan untuk mementingkan diri mereka. Kaum peneroka perlulah mempunyai kesedaran sepertimana orang-orang Minangkabau, tidak berasa kamu diperhambakan? Ditipu sudah terang lagi bersuluh. Tidakkah berasa kamu dipermainkan pemerintah, yang tidak lain dan tidak bukan umNO be end? Maka tidak heranlah apajua projek yang telah, yang sedang dan akan berjalan yang dirancang oleh umNO be end penuh muslihat dan tipuhelah kepada rakyat!
Dan apakah kaum peneroka dan seluruh rakyat Malaysia mahu terus dipermainkan, ditipu, ditindas, diputarbelitkan, diperhambakan di bumi sendiri? Rakyat semakin terdesak kehidupannya sedangkan mereka berperut boroi bermimpi bulan bintang baik siang maupun malam.
Senario ini akan berterusan sampai kiamat sekiranya golongan ini terus 'bertakhta', ayuh sama-sama kita bangkitkan kesedaran ini, ayuh sama-sama kita lakukan perubahan. Masa tidak akan menunggu kita lagi, buktikan bukan hanya dengan omong kosong tapi biar tangan menjadi saksi 'benamkan' umNO be end pada PRU 13 nanti.
Saturday, August 21, 2010
NAMA GUAN ENG DISEBUT DISINI !

Wahai Datuk Seri Ahmad Zahid, umat Islam bersembahyang Jumaat di sini (gambar sebelah), di Masjid Negeri Pulau Pinang. Kaum Tionghua tidak bersembahyang di masjid ini jadi nama YAB Lim Guan Eng tak disebut disini.
Wahai Datuk Seri Ahmad Zahid, gambar di sebelah pula adalah Tokong Ular di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Mustahil khatib membaca khutbah di sini tapi disinilah nama YAB Lim Guan Eng disebut.
Saturday, August 14, 2010
KUAT SANGATKAH MCA?

Biasanya pihak yang mencabar tentu lebih kuat berbanding dengan pihak yang kena cabar. Dan amat bodoh kiranya pihak yang mencabar ternampak lemah berbanding dengan pihak yang kena cabar. Apakah MCA Chua Soi Lek sekarang sudah kuat? Atau DAP sekarang ini sudah lemah?
Meracau, menggelupur Chua sejak akhir-akhir ini ibarat biawak yang sedang kepanasan di padang pasir. Kehulu kehilir mencari tempat lindungan matahari. tak lah terasa sangat bahang panas padang pasir. Lepas satu, satu isu Chua dah 'kokok'kan, sehinggakan hal Islam yang Chua memang buta dan tuli pun di laungkannya. Almaklumlah umno tak pernah ajar Chua mengenai Islam, mana mungkin umno nak ajar Chua, umno sendiri pun lintang pukang hal Islam.

Tuesday, August 10, 2010
SALAM RAMADHAN
Saturday, August 7, 2010
SETELAH 52 TAHUN MERDEKA (2)
Banggakah kita disaat kita bakal menyambut 53 tahun Merdeka, sekiranya .................................
kes pembuangan bayi masih menjadi igauan buruk seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.
Hasil setelah 52 tahun MERDEKA dibawah pemerintahan umno-be end, kes PEMBUANGAN BAYI menjadi satu topik hangat. Ianya dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat, baik pemimpin teratas sehinggalah golongan marhaen, yang diutara maupun yang diselatan, yang ditimur maupun dibarat, diseberang Malaysia Timur malah juga di Semenanjung, baik lelaki maupun perempuan, tidak kira kaum dan warna kulit malah hampir dibincang hampir setiap detik dan masa. Adalah malang bagi kita di ambang usia 53 tahun MERDEKA, masih kedapatan manusia jahiliah menyedut udara anugerah Allah SWT di bumi Malaysia.
Kata pepatah, 'nasi dah jadi bubur', akibat alpanya pemerintah dalam membentuk sahsiah rakyat Malaysia beginilah hasil yang generasi pemimpin hari ini menanggungnya. Bukan fingure pointing, tetapi itulah realitinya yang mesti diakur pemerintah kini. Kalau hasil ini dijadikan sebagai KPI, sudah terang lagi bersuluh pemerintah hari ini yang meneruskan kesinambungan pemerintah lampau GAGAL dalam membentuk rakyat Malaysia mejadi rakyat yang bertamaddun. Kerana apa? Kerana menjana pembangunan material lebih diutamakan dari pembangunan sosial.
Kalau diamati perbincangan yang terbanyak, ianya lebih fokus kepada bagaimana untuk menangani atau membendung gejala pembuangan bayi ini dari menjadi-jadi. Tiada perbincangan yang menjurus kepada mematikan punca-punca kenapa pembuangan bayi ini terjadi.
Saya cuba sedaya upaya dengan daya akal anugerah Allah SWT ini melontar cadangan 5 sen saya dalam kita menghadapi tabiat pembuangan bayi ini.
Tidak perlu kita kaji punca hamil luar nikah, sudah tentu datangnya dari persetubuhan luar nikah atau persetubuhan haram atau zina akibat dari pergaulan bebas. Tapi, dimana dan bila mungkin berlaku aktiviti haram ini?
Dimana kemungkinan berlakunya aktiviti haram ini? Andai keselesaan diambilkira besar kemungkinan ianya boleh berlaku di hotel-hotel, rumah-rumah tumpangan dan yang sewaktu dengannya. Begitu juga mungkin juga boleh berlaku di rumah-rumah sewa, terutama sekali rumah sewa bujang samada yang lelaki ataupun perempuan. Ianya boleh juga dilakukan diasrama-asrama, baik asrama di pusat pengajian tinggi maupun asrama pekerja. Nafsu syaitan tidak mengira tempat, ianya boleh juga berlaku di dalam kampus sesebuah pusat pengajian tinggi yang keluasan kampusnya yang hampir menyamai keluasan sesebuah kampung. Syaitan terus menghasut, didalam kenderaan juga boleh berlaku seperti didalam kereta yang di 'parking' ditepi-tepi pantai atau ditempat-tempat riadah yang gelap hatta didalam keretapi yang turut menyediakan tempat-tempat tidur.
Dari mana pasangan-pasangan ini memulakan agenda haram mereka? Tentunya mereka ini berhibur terlebih dahulu sebelum singgah bermalam atau membawa pasangan masing balik untuk meneruskan aktiviti seks haram. Bila sudah lalai dengan hiburan yang mengasyikkan, tambah lagi kesan tegukan air syaitan sudah tentunya membuatkan mereka terus lalai dan termakan hasutan syaitan. Dimana? Disko-disko, kelab-kelab malam, pusat-pusat karaoke, konsert-konsert, panggung-panggung wayang dan banyak lagi menjadi tempat permulaan untuk menjurus kepada aktiviti haram seterusnya.
Bagi saya inilah punca asas terjadinya hamil haram. Tidak dinafikan, dan pastinya pengetahuan ugama menjadi perisai utama kepada manusia terhadap bisikan syaitan yang akan terus menyesatkan manusia sejak dulu, kini dan selamanya.......
Bagaimana pula untuk mematikan punca-punca yang telah disebutkan diatas :
1. Pusat-pusat disko, kelab-kelab malam dan pusat-pusat karaoke -
a. beroperasi sehingga jam 12 tengahmalam sahaja,
b. melarang pengunjung-pengunjung yang beragama Islam dari memasuki pusat-pusat hiburan ini dengan menempatkan pegawai penguatkuasa untuk tujuan pemantauan,
c. suasana didalam hendaklah terang dan tidak gelap supaya tingkah laku pengunjung bukan beragama Islam dapat dipantau - dalam terang pun boleh menyanyi jugak,
d. pelayan wanita atau GRO dilarang memakai pakaian yang menjolok mata,
e. seluruh pusat-pusat hiburan ini hendaklah mempunyai rangkaian cctv yang dipantau oleh pegawai penguatkuasa termasuklah didalam bilik-bilik karaoke dan
f. tindakan tegas seperti membatalkan lesen pusat-pusat hiburan hendaklah diambil kepada pengusaha-pengusaha yang engkar dalam melaksanakan peraturan diatas, tiada lagi amaran dan amaran.
2. Panggung-panggung wayang -
a. juga beroperasi sehingga jam 12 tengahmalam sahaja dan
b. mempunyai rangkaian cctv didalam panggung-panggung wayang yang dipantau oleh pengawai penguatkuasa.
3. Konsert-konsert -
a. diadakan sehingga jam 12 tengahmalam sahaja,
b. suasana sekitar hendaklah terang benderang tidak kira dimana lokasi konsert, dan
c. tiada hidangan minuman keras semasa konsert berlangsung.
4. Hotel, rumah tumpangan, motel dan yang sewaktu dengannya -
a. semua tempat penginapan ini hendaklah tidak membenarkan mana pasangan-pasangan yang belum berkahwin menginap atau menyewa bilik-bilik tidur - pemantauan hendaklah dilakukan oleh pegawai penguatkuasa yang ditempatkan disemua lokasi,
b. penguatkuasaan ini dikenakan kepada semua tempat penginapan tanpa mengira taraf hotel tersebut, baik 5 bintang maupun yang tiada bintang dan
c. tindakan tegas seperti membatalkan lesen-lesen pengusaha-pengusaha hotel hendaklah diambil sekiranya mereka engkar mematuhi peraturan-peraturan seperti diatas.
5. Pusat-pusat riadah seperti taman-taman bunga, taman tasek dan pantai-pantai (termasuk kawasan kampus pusat pengajian tinggi) -
a. mempunyai cahaya lampu limpah di seluruh kawasan,
b. menempatkan pengawai-pengawai penguatkuasa kekal, dan
c. sentiasa memantau gelagat dan tingkah laku pengunjung serta bertindak tegas terhadap pasangan-pasangan yang berkeadaan tidak senonoh.
6. Asrama-asrama (sekolah, pusat pengajian atau pekerja) -
a. pengasingan antara jantina mestilah berkuatkuasa,
b. pemantauan oleh pegawai-pegawai penguatkuasa kekal hendaklah sentiasa dilakukan,
c. tindakan disiplin yang tegas hendaklah diambil kepada penghuni yang melanggar peraturan,
d. suasana sekitar asrama mestilah bercahaya pada waktu malam, dan
e. penghuni asrama hendaklah berada dibilik masing-masing selepas jam 12 tengahmalam.
7. Rumah-rumah sewaan -
a. tuan rumah atau wakil hendaklah memastikan penyewa bukan terdiri dari pasangan yang belum berkahwin,
b. tuan rumah atau wakil hendaklah mendaftar atau memaklumkan kepada pihak penguatkuasa rumah-rumah sewaan mereka terutama sekali rumah yang disewa kepada penyewa-penyewa bujang - untuk tujuan pemantauan, dan
c. tindakan seperti kompaun boleh dikenakan kepada mana-mana tuan-tuan rumah atau wakil sekiranya penghuni rumah sewaan mereka didapati melakukan kelakuan sumbang seperti ditangkap khalwat atau berzina.
8. Pengangkutan awam yang menyediakan tempat tidur (keretapi, kapal-kapal pelancung) -
a. pengusaha dengan dikawal oleh pegawai penguatkuasa hendaklah memastikan tiada pasangan yang tidak sah dibenarkan mengguna kemudahan tempat tidur,
b. pegawai penguatkuasa kekal hendaklah ditempatkan dilokasi bertujuan memantau tingkah laku pengguna, dan
c. tindakan tegas hendaklah diambil kepada pengusaha sekiranya didapati melanggar peraturan diatas.
9. Ibubapa atau penjaga -
a. hendaklah sentiasa memantau anak-anak mereka pada setiap masa dan memastikan anak-anak berada dirumah selepas jam 12 tengahmalam,
b. denda atau kompaun juga boleh dikenakan terhadap ibubapa atau penjaga sekiranya anak-anak mereka didapati bersalah didalam kes-kes khalwat, zina atau dadah, dan
c. mestilah secara berterusan memberikan didikan agama peringkat awal dirumah selain dari membawa mereka kepada ceramah-ceramah agama dimasjid-masjid atau surau-surau.
Paling utama, menjadi tanggungjawab pemerintah dalam memastikan siasah rakyat berada dilandasan yang betul. Program-program syiar Islam hendaklah diperhebatkan dan dilipatgandakan demi pembentukan peribadi mulia golongan remaja agar mereka mampu berfikir yang mana baik yang mana buruk dan yang mana pahala yang mana dosa. Jangan hanya memikirkan dan mendahulukan pembangunan material semata-mata. Apa erti pembangunan material yang hebat sesebuah negara sekiranya rakyat masih mengamalkan cara hidup jahiliyah.
Kalau sudah gagal setelah 52 tahun diberi peluang lebih baik undur diri dan berilah peluang kepada orang lain lagipun hidup ini bukan nak tongkat langit, biar mati meninggalkan nama yang baik dan dikenang rakyat dari hidup menjadi pemerintah yang dibenci rakyat.
Tuesday, August 3, 2010
DOA ANGIN MERAH
Angin Merah atau Angin Sesat atau Angin Ahmar atau Strok adalah ciptaan Allah S.W.T. yang boleh membinasakan anggota badan mengikut kehendakNya. Sesungguhnya Dia yang menciptakan sesuatu penyakit dan Dia jugalah yang menyembuhkannya.
Dibawah terdapat 2 doa angin merah atau angin ahmar, 1 doa yang lengkap (panjang) dan 1 lagi adalah doa pendek. Bacalah doa ini walaupun sekali dalam seumur hidup atau lebih afdal sekiranya dijadikan amalan, insyaAllah kita akan dilindungi dari diserang angin merah atau angin ahmar.
1. Doa yang lengkap (Doa panjang).





Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; dan dengan-Nya kami memohon pertolongan; dan dengan Allah; dan dari Allah; dan kepada Allah; dan segala pujian tertentu bagi Allah; dan tiada Tuhan melainkan Allah; dan Allah Maha Besar, yang Maha Mulia dan Maha Agung; yang aku takut dan bimbang terhadap-Nya. Allah Maha Besar dengan segala kebesaran-Nya; segala pujian tertentu bagi Allah, sebanyak-banyak pujian. Dan Maha Suci Allah pagi-pagi dan petang-petang. Dengan nama Allah yang menyembuhkan, dengan nama Allah yang mencukupkan; dan dengan nama Allah yang menyihatkan; dengan nama Allah yang dengan nama-Nya tiada memberi mudharat sesuatu apa jua di bumi dan di atas langit, dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan Kami turunkan sesetengah dari Al-Quran yang menjadi penawar dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.
Ya Allah, aku yang menjampi dan Engkau yang menyembuhkan. Aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan yang telah Engkau takdirkan. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Aku berlindung dengan Allah, Tuhanku dan Penciptaku, Pembentukku dan Pencipta Rupabentukku dan Pemberi Rezeki sekalian manusia. Aku berlindung dengan Allah daripada sekalian kebinasaan, dan segala maksiat, bala bencana, penyakit dan segala kesakitan, kemalasan, kemunduran dan kebinasaan.
Ya Allah, lindungilah penanggung (pengguna) suratku ini dengan nama-Mu yang Maha Mulia dan Maha Agung; dan sifat-sifat-Mu yang sempurna, wahai Yang Mempunyai Kebesaran dan Kekayaan. Wahai Tuhan yang memiliki kerajaan dan alam malakut; wahai Tuhan yang memiliki keagungan dan kegagahan. Maha Suci Engkau, alangkah besarnya Engkau wahai pencipta segala langit dan bumi. Wahai Tuhan tempat berlindung mereka yang menyesal (akan dosa-dosa mereka); wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang-orang miskin; wahai Tuhan pemilik kebesaran dan kekuasaan, wahai Tuhan yang mempunyai belas kasihan dan memberi kebajikan dan Ihsan; wahai Tuhan yang banyak kasih sayang, wahai Tuhan yang banyak memberi;
wahai Tuhan yang Maha Gagah dan tiada sesiapapun yang mampu mengalahkan-Nya; wahai Yang Melindungi dan Dia tidak memerlukan perlindungan, aku berlindung dengan-Mu dari azab ke atas badan dan kesempitan; dan aku berlindung dengan-Mu dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit yang besar yang menimpa ke atas diri dan roh, darah dan daging, tulang dan kulit, urat dan urat saraf.
Maha Suci Engkau; yang apabila Engkau menghendaki sesuatu maka Engkau hanya mengatakan “Jadilah! Maka jadilah ia”. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Wahai Tuhan yang menjadikan; wahai Tuhan yang membuat kebajikan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai Tuhan yang Maha Adil, wahai Tuhan yang Berdiri dengan Keadilan, wahai Tuhan yang mendengar tangisan orang-orang yang meminta pertolongan. Wahai Tuhan yang memulakan (dari tiada kepada ada), wahai Tuhan yang mengembalikan, wahai Tuhan yang menolak, wahai Tuhan yang Mencukupkan. Wahai Tuhan yang menyembuhkan, wahai Tuhan yang meng’afiatkan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan terhadap orang yang memohon pertolongan.
Wahai Tuhan yang menerima kesyukuran, wahai Tuhan yang banyak memberi balasan atas kesyukuran. Wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang, wahai Tuhan yang Maha Belas Kasihan, wahai Tuhan yang memberi pertolongan, wahai Tuhan yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Gagah, wahai yang Maha Berkuasa, wahai Tuhan yang Maha Agung, wahai Tuhan yang mendahulukan, wahai Tuhan yang mengkemudiankan. Wahai Tuhan yang hidup, wahai Tuhan yang berdiri dengan sendiri-Nya, yang membalas mereka yang jujur dengan balasan ke atas tiap-tiap diri dengan apa yang mereka usahakan. Wahai Tuhan yang memerintahku, wahai Tuhanku yang memiliki aku, wahai Tuhan yang memberi perlindungan.
Wahai yang Maha Mengetahui sesuatu yang kami sembunyikan dan kami dedahkan; wahai Hakim yang menjatuhkan hukuman, wahai Tuhan yang memerintah sekalian orang-orang yang beriman; wahai Tuhan pembantu orang-orang yang dhaif dan miskin; wahai Tuhan yang Mencukupi keperluan orang-orang yang bertawakkal.
Wahai Tuhan yang mendatangkan malam ke atas siang dan siang ke atas malam; wahai Tuhan yang Gagah (mengalahkan) setiap syaitan yang sangat durhaka, wahai Tuhan yang mengalahkan setiap orang yang sombong lagi degil; wahai Tuhan sebaik-baik Pemerintah; wahai Tuhan yang sebaik-baik memberi pertolongan, wahai Tuhan yang memberi rezeki kanak-kanak yang kecil, wahai Tuhan yang Maha Pengasih terhadap orang tuan (yang sangat tua), wahai Tuhan yang memerintah orang-orang yang beriman; wahai Tuhan bagi orang-orang yang dahulu dan orang-orang yang kemudian; wahai Tuhan yang pengasih kepada orang-orang yang bertaubat, wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari kalangan yang mengasihi. Wahai Tuhan sebaik-baik pengampun dari yang mengampuni; wahai Tuhan sebaik-baik pewaris; wahai Tuhan sebaik-baik Pemberi Keputusan; wahai Tuhan yang memerintah pada Hari Pembalasan.
Ya Allah, hanya Engkaulah yang aku sembah dan hanya kepada Engkaulah aku memohon pertolongan. Dan kepada-Mu aku bertawakkal. Dan kepada-Mu aku gemar dengan apa yang ada di sisi-Mu. Kepada-Mu aku berharap dan hanya Engkau yang aku takuti. Ya Allah, peliharalah aku dari segala kepayahan hidup dan penyakit-penyakit dan segala kesakitaan dan kesusahan dan darah hitam.
Ya Allah, peliharalah aku dari penyakit yang merbahaya dan dari penyakit Angin Ahmar dan penyakit darah kuning, dan segala kebinasaan dan segala maksiat dan pengsan, dan kerungsingan dan kesedihan dan dukacita dan dari di penjara. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan binatang buas, dan binatang yang melata, serta permusuhan (benci membenci) orang awam, dan dari kekalahan dan kejahatan syaitan; dan raja, kemarau, kemahalan barang keperluan, dan gempabumi, dan bala bencana, dan keruntuhan bangunan, dan serangan musuh. Ya Allah, peliharalah aku dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tipudaya orang-orang yang melampau, dan dari sesuatu yang silih berganti atasnya oleh malam dan siang melainkan yang datang itu adalah dengan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan setiap kejadian yang Engkaulah pemegang ubun-ubunnya; sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang tegak dan lurus. Engkau ialah Tuhanku dan di atas Engkau jua aku bertawakkal, dan Engkaulah yang Mencukupkan aku, dan sebaik-baik yang Mewakili, sebaik-baik Pemerintah dan sebaik-baik yang Memberi Pertolongan. Dan tiada daya upaya bagiku melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.
Dan cukuplah kami oleh Allah, dan sebaik-baik yang mewakili sebagai Pemerintah dan Engkau sebaik-baik pemberi pertolongan. Allah yang mencukupkan, Allah yang menyembuhkan, Allah yang memberi a’fiat. Dan ucap selawat oleh Allah ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya; selamat sejahtera; dan segala pujian bagi Allah Tuhan Pemerintah Seluruh Alam. Amin…
2. Doa pendek.
Maksudnya :
Ya Allah saya mohon perlindunganmu daripada kejahatan angin ahmar ini, dari segala
kejahatan yang dibawa darinya, dan sembuhkanlah aku, kaum keluargaku, anak-
anakku dari angin tersebut, sesungguhnya engkau berkuasa atas setiap sesuatu.
Allah hu a'lam.
Sunday, August 1, 2010
SETELAH 52 TAHUN MERDEKA (1)

Tampin
Renggam
Fikir-fikirkanlah.
Saturday, July 31, 2010
IKAN BUSUK DARI KEPALA?

Memang benar 'ikan busuk dari kepala'nya, justeru pepatah terkenal China ini berguna pakai bukan sahaja kepada golongan pemimpin yang korupsi atau 'membohong' sahaja malah hendaklah dilihat dari luar kotak fikiran kita.
Di Indonesia juga, kata-kata 'ikan busuk dari kepala' menjadi popular, Menteri Koordinator Perekonomian Indonesia, Rizal Ramli ketika mengulas kes salah laku seorang Ketua Pengarah PT Ramayana Lestari Sentosa berkata, "kalau ikan busuk tidak mungkin dari ekornya, tapi dari kepalanya, kalau mau diambil tindakan ya dari kepalanya."
Allah SWT telah jelaskan didalam Al Quran, "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Ya Tuhan kami, timpakanlah kepada mereka azab dua kali lipat dan kutuklah mereka dengan kutukan yang besar." - (Al Ahzab 67-68)
Think out of the box - renungkan sejarah penentangan Nabi dan Rasul, juga dilakukan oleh kepala-kepala masyarakat dan kepala-kepala agama yang memang sama dengan kepala ikan yang busuk.
Menonjolkan TLLS sahaja sebagai 'kepala ikan yang busuk' tidak cukup dan tidak memadai. Penangkapan TLLS tidak boleh dipandang sebelah mata, sebagai 'kepala ikan yang busuk' bagi parti MCA, maka seluruh MCA itu sendiri sudah lama busuk! Sudah 2 'kepala ikan yang busuk' lahir dari MCA, mana mungkin MCA menjadi tidak busuk dengan hanya menukar kepalanya yang busuk sahaja kerana MCA sudah busuk seluruhnya, bermula dari ekor lagi. MCA yang patut diharamkan bukannya DAP wahai Zulkifli Nordin!
Dipanjangkan lagi, siapa kepala TLLS ketika itu, beliau merupakan salah seorang menteri kabinet dan siapa pula Perdana Menteri ketika itu. TLLS bukan 'kepala ikan yang busuk' kabinet menteri beliau hanya 'kepala ikan yang busuk' MCA. Teori ikan busuk bermula dari kepalanya, maka Perdana Menteri ketika itu juga adalah 'kepala ikan yang busuk'. Badan 'ikan' iaitu menteri kabinetnya, TLLS sudah busuk, maka sahih ianya bermula dari 'kepala ikan yang busuk' iaitu Perdana Menteri!
Adakah TLLS seorang sahaja 'yang busuk' ?
Wednesday, July 28, 2010
PULAU PINANG - 4 YANG PERTAMA
2. Negeri yang PERTAMA yang mempraktikkan sistem tender terbuka dan pembelian kerajaan melalui internet (e-tender) dimana sistem ini berjaya mengurangkan pembaziran, membanteras amalan rasuah, menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM 20 juta setahun serta mengurangkan kos pengurusan sisa pepejal sebanyak 45%.
3. Negeri HIJAU yang PERTAMA di Malaysia yang menjalankan kempen pemeliharaan alam sekitar seperti 'Hari Tanpa Beg Plastik' bagi mengurangkan penggunaan beg plastik, EM mudballs bagi pembersihan sungai dan parit serta memperkenalkan Indeks Bangunan Hijau (GBI) dalam melahirkan keindahan alam sekitar.
4. Negeri yang PERTAMA di Malaysia yang berjaya membasmi miski tegar dalam jangkamasa setahun dan memastikan setiap keluarga memperolehi bantuan RM 500 sebulan melalui program Rakan Anti Kemiskinan (RAK).
Inilah diantara hasil kerja tangan pemimpin PR sekiranya diberi peluang memerintah, segala hasil yang hebat bukanlah bertujuan untuk diabadikan didalam Buku Rekod Malaysia atau mana-mana buku rekod dunia tetapi lebih menjurus kepada keuntungan rakyat. Jelaslah pemimpin PR menjalankan pemerintahan untuk rakyat selari dengan mutiara kata 'suara rakyat suara keramat' justeru Bebaskan Rakyat, Malaysia Selamat!
Perbandingan ketara dengan pemimpin b end yang mengejar nama semata-mata, biar gah pandangan mata namun rakyat merana tanpa peduli. Bagi mereka, catatan rekod dimana-mana buku adalah indikator kejayaan sebagai pemimpin dan pemerintah. Terpanjang, tertinggi, terbesar, ter'lama', terbanyak dan lain-lain 'ter' lagi menjadi kebanggaan mereka tetapi rakyat terus termundur dan terpinggir.
SYABAS DAN TAHNIAH PULAU PINANG !
Sunday, July 25, 2010
FAKTA PASIR SELANGOR
Istimewa untuk Tan Sri TPM dan Senator Ezam !
Pendapatan pasir semasa umno-beend memerintah Selangor :
2005 - RM 3.54 juta
2006 - RM 4.37 juta
2007 - RM 4.29 juta
Pendapatan pasir semasa pkr-pr memerintah Selangor :
2008 - RM 8.17 juta
2009 - RM 13.76 juta
2010 - RM 15.3 juta (setakat bulan Jun)
Dari fakta diatas, siapakah yang pandai memerintah?
Burung kakak tua atau ayam jantan yang berkokok bagai halilintar sampai keseluruh ceruk kampung tapi ekor penuh tahi!
Thursday, July 22, 2010
DEBAT SIBER : ulama muda vs askamakalikada

Askamakalikada : PAS tidak merasakan apa-apa tekanan dari mana-mana pihak pun, PAS meneruskan kesinambungan perjuangan dengan meletakkan Al Quran dan Hadis sebagai asas oleh itu ketaksuban dan keegoan bukanlah sifat PAS.
Bergerak atas nama Sekretariat Ulama Muda Umno (iLMU), mereka melihat kerjasama Umno-PAS merupakan asas penting perpaduan masyarakat Melayu.
Askamakalikada : usia iLMU masih bayi, tunggulah akil baligh dulu, satukan dulu ahli-ahli Umno yang bercakaran sesama sendiri berebut jawatan, pangkat dan harta kemudian baru fikirkan bagaimana nak satukan Umno-PAS.
Jurucakapnya Fathul Bari Mat Jahaya juga mengenepikan dakwaan bahawa hanya PAS mendukung Islam dan hanya Umno menduduk bangsa Melayu kerana perlembagaan "menggambarkan orang Melayu adalah beragama Islam".
Askamakalikada : tepat sekali, PAS dulu, kini dan selama-lamanya mendukung Islam dan Umno pula meletakkan Islam selepas Melayu, betul apa yang termaktub dalam perlembagaan, tetapi keagungan Islam tidak menjadi kenyataan dengan hanya ditulis dan dibaca didalam perlembagaan tanpa perlaksanaan yang menjuruskan kearah agungnya Islam itu. Buktinya, adakah angka gejala sosial meningkat atau berkurangan, puncanya, dengan wujudnya tempat-tempat hiburan melalaikan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batasan.
"Jadi perjuangan memartabatkan agama juga bererti perjuangan memartabatkan bangsa.
Askamakalikada : tidak, perjuangan menegakkan Islam adalah perjuangan untuk manusia sejagat bukan untuk bangsa spesifik.
"Oleh itu, kedua-dua pihak perlu bersatu bagi mengimbangi dasar perjuangan masing-masing," kata Fathul.
Askamakalikada : tidak boleh bersatu kerana dasar perjuangan yang berbeza, PAS letak Islam teratas tapi Umno letak Melayu diatas, pertembungan akan berlaku malah bukan perpaduan yang tercipta malah perpecahan makin menjadi, PAS nak imarahkan masjid sedia ada tapi Umno nak bina masjid yang besar dan hebat dengan kos yang mahal, untuk beri untung kontraktor-kontraktor Melayu walaupun tanpa jemaah.
Beliau mengulas hasrat melihat perpaduan dua parti yang berasaskan sokongan Melayu itu setelah disuarakan kembali oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria baru-baru ini.
Askamakalikada : Mufti Perak boleh bersuara apa sahaja yang beliau mahu, malah beliau juga boleh menjadi 'bisu' bila melihat ketidakadilan berlaku. Apakah tanggungjawab Mufti hanya bersuara tanpa perlaksanaan, di bandaraya Ipoh, lihat berapa banyak tempat-tempat maksiat, apa yang beliau buat selama ini sebagai seorang Mufti?
Berlaku debat panjang di media berhubung perkara itu di mana pemimpin Umno rata-rata dilihat menunjukkan keterbukaan, manakala pemimpin kanan PAS pula kuat menentangnya.
Askamakalikada : kenapa sekarang baru bersikap terbuka, setelah dilihat seakan nak kehilangan kuasa baru nak terbuka, PAS pula tetap dilihat menentang, bukan sahaja pemimpin kanan PAS menentang, malah kalau ditanya akar umbi sekalipun mau penampar jepun singgah dimuka.
Dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini, Fathul turut mempersoalkan kenapa ada suara sumbang terhadap cadangan kerjasama tersebut walaupun disuarakan oleh pemimpin tertinggi negara dan ilmuan Islam.
Askamakalikada : suara penentangan terhadap cadangan kerjasama ini bukanlah suara sumbang, tapi itulah suara ikhlas dari mereka yang pernah di tipu dan di aniayai dahulu, bila lemah ajak bersatu, bila dah gagah di halau pula.
'Mengapa tidak maafkan saudara kita?'
Askamakalikada : Ya, PAS maafkan, tapi PAS tak mahu bersatu, puashati?
"Mungkin ada yang bersuara, pengalaman lalu membuktikan bahawa Umno-PAS tidak mungkin bersatu. Sangkaan seperti ini sebenarnya jauh tersasar.
Askamakalikada : bukan mungkin, memang ada yang bersuara begitu, PAS Kelantan pernah merasai 'nikmat' bersatu dengan Umno, lihatlah sejarah lampau wahai ulama muda.
"Sewajarnya kita melihat ke hadapan, bukan semata-mata menjadikan kenangan lalu sebagai penutup bagi segala kebaikan," katanya.
Askamakalikada : bukankah sejarah itu mengajar kita, yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan! Dan PAS sentiasa berjuang untuk mencapai cita-cita di hadapan yang masih belum tercapai dan dalam masa yang sama belajar daripada sejarah.
Fathul menjelaskan, setiap manusia pasti melakukan kesilapan dan kesalahan dan "mengapa tidak kita sebagai manusia memaafkan saudara kita".
Askamakalikada : Ya, PAS maafkan, tapi PAS tak mahu bersatu, sekali lagi, puashati?
"Mungkin ada yang berkata, mereka (Umno) ini tak ikhlas nak bersatu. Siapa kita untuk mengetahui hati-hati manusia?
Askamakalikada : dan siapa pula ulama muda yang nak kata Umno ikhlas? PAS Kelantan setelah dapat memerintah semula Kelantan dengan di pimpin TGNA, sehingga hari ini Umno masih 'mengacau'. Lihat di Selangor, setelah Umno kalah di PRU 12, sehingga hari ini tak sendik-sendik mengganggu kerajaan PR Selangor. Dan yang masih segar dalam ingatan, MB Perak dari PAS, Dato' Seri Nizar, bagaimana beliau diperlakukan? Bagaimanalah PAS nak percaya puak yang sebegini?
"Bahkan kita tidak dijadikan untuk merobek hati-hati manusia," kata ulama lepasan universiti di Jordan dan Madinah itu.
Askamakalikada : PAS tidak pernah merobek hati-hati pendokong dan penyokong mereka, bagaimana pula Umno yang pernah merobek hati-hati rakyat Malaysia, golongan apa mereka ini wahai ulama muda?
"Maka, apabila saudara kita datang untuk berdamai, sewajarnya kita berusaha untuk memurnikan keadaan "bukan terus mencipta fitnah dan tuduhan."
Askamakalikada : PAS tidak pernah memfitnah dan menuduh, tapi apa yang PAS bongkar semuanya tidak disiasat dengan adil dan betul. Bagaimana pula golongan yang memfitnah DSAI dengan kes liwat yang pertama dulu sehingga beliau dikurung dan akhirnya diputuskan tiada kes?
Sambil memetik firman Allah yang memerintahkan manusia supaya saling tolong-menolong dalam perkara kebaikan, Fathul berhujah sejarah Islam membuktikan sekiranya umat Islam benar-benar menghayati ajaran Islam, penindasan tidak akan berlaku.
Askamakalikada : Benar, PAS sentiasa memegang kalam Allah SWT. Apakah Umno yang ulama muda kenal itu benar-benar menghayati ajaran Islam dan tidak melakukan penindasan? Dan apakah Umno yang ulama muda 'cintai' itu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan? Adakah ulama muda sedar apa yang berlaku di Perak itu satu penindasan, penafian hak? Adakah ulama muda sedar royalti minyak untuk Kelantan dinafikan dan inikah dinamakan tolong menolong dalam perkara kebaikan?
"Perpaduan adalah jambatan penyelesaian bagi segala permasalahan bahkan menjanjikan kejayaan yang berpanjangan," katanya lagi.
Askamakalikada : tidak semestinya, rasanya lebih baik ulama muda tumpukan perhatian untuk menyatukan Umno dulu yang kini sedang teruk berpecah,
pergilah ke Rantau Panjang, Kelantan, berkunjunglah ke Trengganu, melawatlah negeri Perlis, singgahlah di Selangor, jengoklah Permatang Pauh, intai-intailah
Umno Perak, jelinglah Umno Pulau Pinang, dan banyak lagi, insyaAllah PAS akan tertarik sekiranya Umno benar-benar bersatu dan Islam diletakkan ditempatnya.
Fathul antara 40 ulama muda yang menyertai Umno pada 25 Jun lalu - projek yang dilihat cuba menarik kembali golongan agama terhadap parti itu yang jauh ketinggalan berbanding PAS.
Askamakalikada : jauh ketinggalan berbanding PAS? Dari sudut mana tu wahai ulama muda? Kalau dah tahu jauh tertinggal berbanding PAS malah dah diberi
peluang 50 tahun lebih memerintah, masih tertinggal, rasanya ulama muda sendiri sertu serulah yang dalam Umno tinggalkan Umno dan masuk PAS.
Takbir ! Takbir ! Takbir !
Wednesday, July 21, 2010
3. KEMUJARABAN ASMA'UL HUSNA (sambungan)
AS SALAM
( Maha Menyelamatkan )
Pemberi keamanan dan ketenteraman kepada semua makhlukNya.
THE SOURCE OF PEACE
He who frees His servants from all danger.

Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.
( Al Baqarah, ayat 214 )
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan Ulil Amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan Ulil Amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut setan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).
( An Nisa', ayat 83 )
Firman Allah s.w.t., yang bermaksud :
(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.
( Ar Ra'du, ayat 28 )
Khasiat atau fadilat membaca AS SALAM :
1. Sebut atau bacalah YA SALAM sebanyak 160 kali didepan orang yang berpenyakit,
insyaAllah akan sembuh penyakitnya selagi belum ajal atau sekurang-kurangnya bertambah ringan penyakitnya.
2. Ketika sesuatu wabak penyakit sedang melanda, amalkanlah menyebut atau membaca SALAMUN QAULAN MIRRABIRRAHIM (Kepada mereka dikatakan), "Salam" (Kesejahteraan), sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang Maha Penyayang)
sebanyak 28 kali pada setiap hari, insyaAllah akan selamat orang itu dari wabak tersebut.
3. Sesiapa yang mengamalkan dengan menyebut ASSALAMUA'ALAIKA AYYUHANNABIYYU WARAHMATULLAHHI WABARAKATUH
(Kesejahteraan ke atas kamu wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatanNya)
sebanyak 100 kali pada setiap hari, orang itu tidak akan merasa sakit bila menghadapi sakratulmaut.
Tuesday, July 20, 2010
TIKUS NAK BAIKI LABU ?

Sunday, July 11, 2010
WACANA PERDANA
Selesai sudah wacana perdana sebentar tadi yang diadakan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan. Detailnya boleh dilihat dari banner seperti dibawah.
Kesimpulan yang aku boleh buat pada wacana kali ini, adalah satu perbahasan yang lari dari tajuknya iaitu 'Bolehkah Melayu Bersatu?'. Dua ahli panel UMNO dilihat lebih banyak menghentam PAS daripada membicarakan tentang tajuk yang diberikan, terutama sekali ahli panel Lokman Nor Adam dan tidak kurang juga dari Ustaz Afendi (ustaz umno). Hujah-hujah yang dikemukakan oleh Ustaz Mujahid (PAS) nampak bersahaja tanpa emosi keterlaluan disulam dengan hujah Dr Asri (bekas Mufti Perlis) yang lebih kepada nasihat dan teguran agar perbahasan lebih sistematik dan berlandaskan kepada tajuk asal. Namun kedua-dua ahli panel dari UMNO masih gagal berada di landasan sebenar malah lebih kepada berhujah secara emosional keterlaluan. Naif dalam peraturan perbahasan menyaksikan Lokman Nor Adam sentiasa menyampuk hujah-hujah ahli panel lain.Antara isu-isu yang diketengahkan sepanjang perbahasan adalah isu-isu semasa seperti isu judi, isu royalti minyak di Kelantan, isu liwat DSAI, isu politik di Perak namun dibangkitkan jugak isu-isu lama umpama isu amanat Haji Hadi dan isu hukum hudud.
Pendapat peribadi aku, ahli panel Ustaz Afendi dari UMNO Rantau Panjang langsung tidak relevan untuk berada dipentas sebagai salah seorang ahli panel kerana dunia tahu bagaimana keadaan perpecahan UMNO Rantau Panjang itu sendiri menjadikan dirinya dilihat gagal menyatukan puak UMNO sendiri jadi mana mungkin beliau mampu menyumbang ke arah menyatukan Melayu diperingkat nasional. Layaknya beliau berada di bawah pentas dan menjadi pemerhati sahaja. Beliau mencadangkan PAS dibubar dan semuanya masuk kedalam UMNO barulah sama-sama dapat melaksanakan cara pemerintahan ISLAM. Ini hujah yang cukup tidak cerdik, soalannya apakah UMNO tidak cukup pengetahuan ISLAM sehingga nak tunggu ahli-ahli PAS berada dalam UMNO baru nak laksanakan ISLAM? Kalaulah UMNO itu berjuang berlandaskan ISLAM (kata beliau), persoalannya apakah yang telah UMNO lakukan selama lebih 50 tahun memerintah agar ISLAM dilihat tertinggi yang boleh mereka banggakan? Ayat yang aku dengar setiap tahun adalah hanya penerapan nilai-nilai ISLAM, itu sahaja, baru nak terap, ibaratnya baru nak semai benih! Yang lebih ketara lagi sebagai ustaz dalam UMNO cuba memberi keterangan nas yang tidak betul dan di tegur oleh bekas mufti Perlis secara spontan. Sementara Lokman Nor Adam pula lebih emosional dan gagal memberikan hujah yang berpijak dibumi nyata dan dilihat lebih kepada hujah melepaskan geram. Hujah tidak cerdik yang dikemukakan beliau menyebabkan aku tertanya-tanya, adakah ini rupabentuk orang yang di berikan jawatan sebagai panel pemikir JASA.
Tak perlu bicara banyak tentang Dr Asri yang memang terserlah hujahnya yang cukup bernas walaupun dilihat sebagai orang tengah, lebih bersikap pendamai namun kerana tinggi ilmunya maka tokoh ini nampak menonjol kebijaksanaannya. Tabik kepada Ustaz Mujahid yang bagi aku mampu berdepan dengan dua UMNO yang gelojoh dan 'ganas' walaupun dengan hujah yang bersahaja masih boleh menangkis serangan-serangan puak UMNO.
Aku cadangkan penganjur terus menjemput puak-puak UMNO yang begini sebagai ahli panel, biar rakyat lihat dan nilai inilah kualiti pemimpin-pemimpin UMNO yang mereka sanjung selama ini. Gagal dalam memberikan penjelasan kepada rakyat tentang sesuatu isu malah lebih suka melaksanakan agenda kepentingan diri. Jelas mereka ini gagal menegur pemimpin tertinggi mereka dalam menjalankan dasar-dasar pemerintahan, lebih suka menjadi 'pok ko' menerima apa saja kata-kata ketua mereka, fear factor masih tebal dalam corak politik mereka.
Akhir kalam, kepada puak UMNO, cukup sudah PAS di khianati sebelum ini, lihatlah sejarah PAS di Kelantan. Tak usahlah bermimpi nak satukan MELAYU, cita-cita PAS nak kuatkan ISLAM tanpa menzalimi orang lain. Lihatlah setelah lebih 50 tahun diberi peluang memerintah, apa yang dah UMNO lakukan, tahap pemikiran rakyat masih dibelengu, kehidupan sosial yang bertambah parah, sekatan maklumat masih digunakan, kebebasan bersuara terhad, kekayaan dikaut sesetengah golongan dan banyak lagi.
WalLah hu a'lam.