Saturday, January 3, 2009

SEMANGAT PERMATANG DI KUALA

Gendang telah dipalu, rebab mula digesek, serunai kini ditiup walaupun gelanggang belum dibuka. Regu sudah dipasti, langkah sembah MAW & WF mula dibuka. Namun yang pasti dan jelas, semangat permatang kini di kuala. Angin permatang bertiup di kuala, memecah bayu laut Batu Buruk.
Kini tiba giliran rakyat Kuala Trengganu, buat pilihan yang hak atau yang bathil.
Rakyat KT tentu kini lebih cerdik buat pilihan, PRU12 jadi tauladan, lihat rakyat Kelantan kekalkan kerajaan, lihat rakyat Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor lakukan perubahan.
Sudah pasti ini peluang terbaik untuk buktikan rakyat KT mahu bersama menyusur arus perubahan paradigma. Walaupun hanya pilihanraya kecil.
Wahai rakyat Kuala, jadilah hero ke2 selepas rakyat Permatang, buktikan pada dunia bahawa rakyat Kuala juga mampu & dambakan perubahan.
Ayuh rakyat Kuala, sedarlah dari alpa, bangkitlah dari mimpi, rakyat Kuala harus menolak BN, jadikan PR pilihan.
Bebaskan rakyat Kuala dari belenggu kemiskinan, apa guna negeri kaya tapi rakyat miskin, apa guna masjid yang indah tapi tak di imarahkan, apa guna pemimpin hebat tapi tak mau bela rakyat, apa guna pemimpin Islam tapi tak letak Islam di puncak, apa guna pemimpin UMNO/BN hanya jaga kepentingan diri.
Ayuh rakyat Kuala, kemenangan yang bakal diperolehi ini akan menjadi sebahagian sumbangan rakyat Kuala untuk PR menuju Putrajaya.
Kepada seluruh pemimpin PR & pejuang PR, hadapilah pilihanraya kecil ini dengan semangat juang yang tinggi, kerana cabarannya besar.
SEMANGAT PERMATANG MENJELMA DI KUALA.

6 comments:

radens albanjari said...

salam perjuangan abu amirul,
link blog anda telah dimasukkan kedalam link list bloggersNetwork@Malaysia di blog ABO online.

Teruskan berjuang untuk kemenangan islam yg gemilang. Takbirr!!

Mohon izin utk copy paste artikel tuan utk dimuatkan di blog ABO krn artikel bagus tuan wajar dibawa kpd khalayak yg lebih ramai utk di kongsikan bersama.

Abu Amirul said...

terimakasih albanjari.
di izinkan.
selamat berjuang.

Miss Zahidah Zakaria said...

salam

terima kaseh sbb sudi singgah di blog saya.

btw,
salam kenal
i;ve linked u =)

Ifila Saila said...

moga rakyat memilih pemimpin yang benar2 memenuhi dan memiliki kriteria sebagai pemimpin sejati..

Abu Amirul said...

terima kasih alif lam....

Abu Amirul said...

terimakasih miss zaza kerana sudi link.

BERITA TERKINI