Sunday, June 7, 2009

LAPORAN HUSAM RASUAH, PALSU


1. Aku tertanya-tanya bagaimana BPR (dulu) bekerja. Apabila sesuatu laporan rasuah di buat, apakah tindakan mereka? Adakah berdiam diri? Atau tunggu arahan dari 'hantu raya' atasan? Atau memilih, seperti memilih antah dalam beras, baru nak bertindak? Dan bagaimana pula sekiranya laporan itu didapati palsu atau rekaan semata-mata? Adakah tiada tindakan yang boleh diambil terhadap si pelapor? Laporan palsu yang dibuat sama saja tarafnya dengan fitnah.

2. Setelah hampir 2 tahun berlalu, dah puas memikir, dah perah otak habis-habisan, baru sedar diri nak minta maaf. Inilah perangai puak 1 mata 1 telinga. Rasa diri lebih berkuasa dari Maha Pencipta, sombong bongkak yang keterlaluan. Bagaimanapun akhirnya ada juga rasa insaf dan nak berubah, tak apalah dimulakan dengan ahlinya dahulu, harap-harap akhirnya umNO itu sendiri akan berubah. Satu saja makhluk Allah S.W.T yang tidak akan berubah, hingga hari khiamat, iaitu syaitan.

3. ADUN Paloh Dato' Nozula dan ADUN Bukit Bunga Mohd Adhan Kechik, kedua-duanya aku kenal. Nozula dulunya seorang pegawai Kesedar di Paloh Gua Musang dan Adhan aku kenal semasa di Tanah Merah Kelantan. Nozula hebat sedikit dari Adhan kerana peristiwa ketika persidangan DUN Kelantan, mencipta sejarah dengan tendangan terhadap ADUN PAS, kononnya dia hebat sangat, kalau hebat turun padang main bola lagi baik masuk team Anuar Musa. Inilah antara 2 spesis pengacau bagi kerajaan negeri Kelantan dibawah pimpinan Tok Guru Nik Aziz. Tak ada kerja lain selain dari nak mengacau pentadbiran PAS Kelantan. Sekarang baru tahu tinggi rendahnya langit. Buat tuduhan tak berasas dan palsu.

4. Kepada Dato' Husam, terus perjuangan tanpa gentar, rakyat Kelantan senantiasa dibelakang. Walau kalah dalam merebut jawatan Timbalan Presiden, bukan bererti kalah seterunya. InsyaAllah suatu hari boss akan berada ditempat itu.

1 comment:

Anonymous said...

Rakyat Kelantan dah tak peduli & dah senang mencari rezeki di Negeri lain. Pemimpin Kelantan nak bendal rezeki alam semula jadi di Kelantan. Akhir nya pemimpan PAS kenyang dan rakyat bawah kekeringan. Pemimpin dan mula ikut nafsu tamak

BERITA TERKINI