Baru sekejap tadi, warga China ahli mca dengan berani menolak presiden dan timbalannya. Inilah kuasa rakyat dan kuasa ahli! Kenapa tiba-tiba ahli mca hari ini menunjukkan telor masing-masing? Apakah sudah ada kesedaran bahawa kalau punya pemimpin yang rasuah dan punya banyak masalah rakyat lah yang bakal merana? Atau apakah mereka sudah sedar kalau dipimpin oleh pemimpin yang rasuah dan rendah moral, parti akan tidak tenteram serta huru hara berpanjangan. Syabas kepada ahli-ahli mca!
Inilah bukti bahawa ahli bawahan dan rakyat marhaen tidak lagi bodoh, malah tidak lagi mudah di tipu, bangkai gajah tak mampu ditutup dengan nyiru lagi. Segala maklumat sudah ada dihujung jari, tinggal lagi ada pihak yang diperkudakan untuk melindungi dan tidak mengambil tindakan terhadap pemimpin yang rasuah serta pemimpin yang rendah moralnya. Kalau di egm mca mereka boleh lakukan, ayuh kaum sahabatku, buktikan pula di prk Bagan Pinang seterusnya di pru 13 nanti.
mca sudah, umno bila lagi? Kaum China sudah sedar, entah bila pula Melayu nak sedar. Kalau masih belum sedar, maka tidak hairanlah Melayu sentiasa ketinggalan bukan sahaja dalam bidang ekonomi malah tahap pemikiran juga akan ketinggalan.
Yang sedang memimpin pun kaum China tolak, bagaimana pula yang sedang dicalonkan untuk jadi pemimpin? Adakah undi kaum China di Bagan Pinang nanti akan beralih arah? Benar! Presiden dan timbalan mca yang bermasalah yang dipilih mereka sendiri telah pun di tolak, maka aku yakin Isa Samad juga akan ditolak mereka kerana Isa Samad jelas merupakan pemimpin yang seangkatan dengan Ong dan Chua, bermasalah.
Wahai pengundi di Bagan Pinang khususnya kaum China, hari ini mca mencipta sejarah tersendiri. Sejarah yang akan dikenang seluruh rakyat Malaysia yang mahukan pemimpin yang bersih, pemimpin yang dihormati, pemimpin yang disenangi, pemimpin yang bela rakyatnya siang malam dan menolak pemimpin rasuah, pemimpin zalim, pemimpin rendah moral, pemimpin yang lupa rakyat, pemimpin yang penting diri, pemimpin bongkak, pemimpin penipu, pemimpin yang kayakan dirinya sahaja. Inilah peluang pengundi China di Bagan Pinang untuk turut sama melakar satu lagi sejarah. Sejarah yang akan dikenang seluruh rakyat Negeri Sembilan. Maka benamkanlah Isa Samad pemipin rasuah, undilah calon PAS PR !
Wahai pengundi di Bagan Pinang seluruhnya, anda semua akan keterbelakang sekiranya tidak mengikut jejak rakan mca menolak presiden dan timbalan yang bermasalah. Sedarlah, undi anda semua bakal mencorakkan kehidupan anda hari ini dan masa depan. Jangan dek salah tangan memangkah undi, ibu mengandung nak dipersalahkan. Bagan Pinang akan dikenang sebagai pencetus penolakan pemimpin yang rasuah, 'tendang' Isa maknanya anda semua cintakan pemimpin bersih. Undilah calon PAS PR, calon bersih lagi bijaksana.
Selamat mengundi.
1 comment:
KITA TOLAK PAS
http://darulehsantoday.blogspot.com/2009/10/militan-pas-mengganas.html
Post a Comment