TAHNIAH & SYABAS kepada Datuk Nasarudin Hashim, ADUN Bota. Selamat datang dan berjuang bersama PKR. Sesungguhnya keputusan tepat YB tentunya disambut gembira oleh rakyat di DUN Bota. YB telah buktikan kepada mereka yang masih bersekongkol dengan UMNO/BN bahawa inilah perubahan drastik yang mesti dilakukan, bukan kepentingan diri yang diutamakan tetapi rakyat terbawah yang perlu dibela.
Menyusul selepas Dato' Zahar di PJ Selatan, kehadiran YB akan lebih menyedarkan lagi mereka agar segera meninggalkan 'kapal' yang hampir karam. Omongan kosong nak memulihkan UMNO/BN sering di laungkan setiap kali menerima kekalahan di setiap kali pilihanraya, bermula dari PRU 12, selepas PRK Permatang Pauh dan seterusnya PRK KT yang baru lalu. Keluarnya YB dari UMNO/BN dan bersama PKR khasnya dan PR umumnya, menyerlahkan lagi kredibiliti dan integriti YB sebagai pejuang rakyat, kerana mereka yang keluar UMNO/BN tapi berada diluar mana-mana platform perjuangan (mana-mana parti) ibarat berjuang untuk peribadi, bukannya berjuang untuk rakyat.
Sekarang kita tanya pula, Mr Muthupalaniappan yang baru saja dipecat dari MIC, nak berjuang atas platform mana? Mr Muthu tak sedar lagi ke, dalam MIC mana ada demokrasi, nak bertanding tak boleh, tegur tak boleh, komen tak boleh jadi tunggu apa lagi. Begitu juga 2 orang timbalan menteri yang juga dari MIC, beria berjuang untuk rakyat dalam membantu kes A. Kugan, salah juga dan bakal dikenakan tindakan disiplin. Ayuh Mr Muthu, Datuk K. Devamany dan Senator T. Murugiah segeralah keluar dari 'kapal' yang nak tenggelam tu, jangan sampai rakyat menolak anda satu hari nanti.
'Ang pau' yang mahal telah diberikan oleh Datuk Nasarudin kepada UMNO/BN sempena Tahun Baru Cina, lebih-lebih lagi kepada Datok Tajol Rosli, tak kurang juga kepada Tok haji yang baru balik dari Mekah dan mungkin juga 'ang pau' sempena bakal bersaranya PM. Sememangnya YB memilih landasan yang betul dalam karier politik YB, justeru keputusan YB pandai memilih yang mana baik dan yang mana buruk dapat menyedarkan kawan-kawan YB yang lain. Sesungguhnya YB termasuk dalam golongan........hanya jauhari yang kenal maknikam.
Lahir pada 06.10.2008, bertujuan untuk melontar apa saja pandangan, komen, hasil penemuan, pendapat serta cadangan untuk renungan bersama. Yang pasti, isikandungnya bukan untuk memperlekehkan, menjatuhkan, memperkecilkan atau menempelak mana-mana pihak. Yang terkena tempiasannya terimalah dengan sikap terbuka dan profesional demi untuk memperbaiki kelemahan kita.
Sunday, January 25, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
kalau ikut maklumat yang PPK1 terima dari sumber2 yang boleh dipercayai, selepas tahun baru cina ni Pakatan Rakyat bakal dapat seorang Ahli Parlimen (rakan baru) dan juga 4 orang ADUN masing2 dua dari perak dan dua dari selangor.
betul ke tak tu PPK1 tak berani nak kata dan komenlah, sama2 lah kita tengok nanti.
untuk berita terkini:
www.pemudakemehe1.blogspot.com
assalamualaikum tuan !
zahid hamidi dok tengah fikir macam mana nak ubah status tempat lahir nya dari negeri perak ke israel, semua dokumen peribadinya akan di ubah, kah kah kah, tengok apa dah jadi kan kan kan.
ppk1 - semoga ianya menjadi kenyataan
tok ggawo - biarlah dia jadi sheikh haji pulak
Salam Bro AA, syukur untuk kemenangan. Semoga beliau mampu menjalankan tugas dengan ikhlas dan jaya (dan tentunya dengan lebih sabar kerana pasti ada sahaja bom fosforus yang akan dibaling dari seberang 'sana' untuk menggagalkan usaha).
Terima kasih kerana melawat blog saya yang tidak seberapa. :)
Post a Comment