Safa dan Marwah merupakan dua bukit yang terletak dekat dengan Ka'bah. Sejarah Safa - Marwah tidak dapat dipisahkan dengan isteri Nabi Ibrahim AS, yaitu Siti Hajar dan putranya Ismail AS. Sewaktu Ismail dan Ibunya hanya berdua dan kehabisan air untuk minum di lembah pasir dan bukit yang tandus, Siti Hajar pergi mencari air, berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Saat kali ketujuh (terakhir), ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahwa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air Zamzam.

Terjemahan: Sesungguhnya "Safa" dan "Marwah" itu ialah sebahagian daripada Syiar (lambang) agama Allah; maka sesiapa yang menunaikan ibadat Haji ke Baitullah atau mengerjakan Umrah, maka tiadalah menjadi salah dia bersaie (berjalan dengan berulang-alik) di antara keduanya dan sesiapa yang bersukarela mengerjakan perkara kebajikan, maka sesungguhnya Allah memberi balasan pahala, lagi Maha Mengetahui. (Al Baqarah ayat 158)
Peristwa sejarah lampau inilah yang dapat kita lihat masih berlaku sehingga pada hari ini, ibadah saei yang pastinya akan dilakukan ketika menunaikan ibadah Haji setiap tahun oleh umat Islam yang datang dari seluruh pelusuk dunia, tanpa mengira kaum, tidak kira warna kulit, dari pelbagai budaya, dari bermacam-macam bahasa pertuturan, juga tidak mengenal pangkat dan kedudukan, bersama-sama berlari-lari anak dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali.
Senario politik di Malaysia terutama di utara bakal menyaksikan Bukit Gantang dan Bukit Selambau, juga dua bukit, menjadi tumpuan. Memikirkan Gantang dan Selambau, maka aku teringat peristiwa Safa dan Marwah diatas. Bezanya jarak antara kedua-duanya. Bezanya bukan di musim Haji memerlukan ihram dipakai atau ketika Umrah. Bezanya entah bila pulak akan berlaku PRK serentak dua bukit sebegini. Bezanya kenderaan perlu digunakan untuk berulang alik di antara 2 bukit ini, tak mampu rasanya nak berjalan kaki. Bezanya seluruh rakyat Malaysia tertumpu disini tidak kira apa agama mereka. Inilah antara keunikan senario politik di Malaysia, PRK bermula di Permatang, singgah di Kuala dan kini dua bukit didaki.
Walaubagaimanapun aku rasa masih kedapatan akan persamaannya. Yang pasti pejuang-pejuang PR dan juak-juak UMNO/BN dan seluruh mereka yang terlibat dengan PRK akan berulang alik antara Gantang dan Selambau. Begitu juga penyokong-penyokong luar dan dalam pastinya akan kesana kesini antara Gantang dan Selambau. Tidak kurang hebat juga pemerhati-pemerhati politik pastinya pergi mari antara Gantang dan Selambau. Dari Gantang nak ke Selambau, atau sebaliknya, kalau nak mudah dan cepat, tentunya Lebuhraya Utara Selatan menjadi pilihan. Melalui PLUS H'way, mahu tidak mahu mesti melewati Parlimen Permatang Pauh, ingat Permatang Pauh, sejarah membuktikan BN tersungkur buat kali pertama selepas PRU12 pada PRK Parlimen Permatang Pauh. Oleh itu, bagi pejuang dan penyokong PR melewati Permatang Pauh bermakna menghayati semangat juang dan semangat kemenangan dan dibawa bersama ke Bukit. Lain pulak bagi puak UMNO/BN, akan berputih mata bermasam muka bila
mengenangkan kekalahan, setiap kali melewati Permatang Pauh.
Yang nyata ada persamaan lagi, bagi pejuang PR, berulang alik dari Gantang dan Selambau adalah semata-mata berjuang menegakkan kuasa yang adil, perjuangan demi rakyat serta menolak kuasa yang rakus, menentang tangan yang zalim dan melawan dasar yang berkepentingan hanya kepada puak-puak yang tertentu. Perjuangan yang dibawa oleh PR, baik di Gantang maupun di Selambau adalah selari dengan syiar iaitu lambang agama Allah, yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran. Perjuangan PR bermatlamat menegakkan kebenaran dan kebaikan untuk rakyat dan dalam pada masa yang sama menentang UMNO/BN yang penuh kebobrokannya.
Dan persamaannya lagi, pejuang PR yang berulang alik dari Gantang dan Selambau rata-ratanya tiada upah diperolehi, tiada gaji dibayar, tiada habuan besar menunggu, tetapi ianya dibuat atas dasar sukarela. Kenapa sukarela? Kerana pejuang PR tahu dan sedar bahawa Allah akan memberi ganjaran yang lebih hebat dari balasan dunia. Berbeza pula dengan puak UMNO/BN, bolehkah mereka bekerja secara sukarela? Mungkin tidak! Semuanya mesti dibayar, nak suruh pasang bendera mesti ada upah, nak suruh pasang sepanduk mesti ada habuan, nak suruh jaga pondok panas mesti ada ganjaran, pendek kata tak bergerak mereka tanpa fulus.
Kesimpulannya, Safa dan Marwah takkan sama dengan Gantang dan Selambau begitu juga Gantang dan Selambau tidak serupa dengan Safa dan Marwah. Secara praktikalnya ulang alik antara kedua-dua bukit ada persamaannya, matlamat menegakkan kebenaran dan keadilan sesuai dengan apa yang Tuhan suruh ada persammaannya dan perjuangan yang ikhlas sudah pastnya akan mendapat balasan yang dijanjikan olehNya. Ayuh pejuang PR kita bangkit, kita berusaha, kita bersatu, kita tentang dan lawan puak yang rakus, puak yang zalim, puak yang menindas, puak yang mungkar, puak yang rasuah, puak yang cakap tak serupa bikin, kita tentang habis-habisan, siapa lagi kalau bukan UMNO/BN.
Semoga 'saei' kita di Gantang - Selambau mendapat keberkatan dari Allah SWT dan seterusnya menterjemahkan kemenangan KETUANAN RAKYAT.
Takbir! Reformasi! Makkal Sakthi!