Seluruh kekuatan PR (PAS, PKR & DAP) pastinya akan mengasak hebat N31 yang disifatkan kubu kuat umNO b end. Begitu juga umNO b end sudah tentunya di gembeling seluruh kekuatannya di N31, lazimnya bukan sahaja jentera pilihanrayanya sahaja yang bertungkus lumus bahkan jentera kerajaan juga dikerah sama.
Yang lebih pasti lagi, prk ini bakal tercetusnya pertembungan yang lebih hebat berbanding di Manek Urai atau di Permatang Pasir. Kerja-kerja jahat mainan umNO b end akan berulang lagi malah lebih jahat lagi, tidak hairanlah belum pun gendang dipalu, dikhabarkan sudah ada perang saraf di N31.
Tapi persoalannya, benarkah N31 Bagan Pinang adalah kubu kuat umNO b end? Kalau diteliti dari fakta diatas, Bagan Pinang tidaklah kuat mana pun. Majoriti umNO b end pada PRU12 berjaya dikurangkan dari 4,411 undi (PRU11) kepada 2,333 undi! Lihatlah undi yang diperolehi PAS PR pada PRU12, meningkat dari 1,556 undi kepada 4,097 undi iaitu penambahan sebanyak 2,441 undi berbanding dengan umNO b end yang hanya mampu menambah 463 undi sahaja.
13,664 pengundi bakal mengundi pada 11/10/2009 nanti dan 4,604 pengundi adalah terdiri dari undi pos, selebihnya 9,060 adalah pengundi biasa. umNo b end nampak seperti sudah selesa dengan adanya 4,604 undi automatiknya. Aku berkeyakinan umNO b end akan menggunakan strategi mengurangkan peratus keluar mengundi. Pengundi di Bagan Pinang akan dihalang keluar mengundi baik dengan menakut-nakutkan mereka atau mengumpul kad pengenalan mereka. Kerana dengan itu sahaja umNO b end mampu mengekang undi dari jatuh ke tangan PAS PR.
Andaikata undi pos bersikap telus dan terbuka, pastinya akan ada undi untuk PAS PR disana. Selebihnya, 'peperangan' sebenar adalah untuk mendapatkan seberapa banyak undi daripada 9,060 pengundi. InsyaAllah disusuli dengan kerja kuat PR, Bagan Pinang bakal dirampas!
3 comments:
Jika berlawan di atas padang yang sama rata dan diadili oleh pengadil yang telus dan berintegriti PR insyaallah akan dapat menawan Bagan Pinang.
Tetapi di dalam senario negara yang semakin hilang demokrasinya PR perlu bekerja keras memerah keringat untuk mengimbangi segala kekuatan UMNO yang datang dari segenap penjuru.
Namun....LAWAN TETAP LAWAN.
benar anakpahang, yang pastinya perlu lebih kuat dari umNO bukannya mengimbangi, tidak mustahil.
LAWAN tetap LAWAN.
Sorry out of topic. Cuma nak wish...
Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.
Semoga Syawal tahun ini membawa lebih rahmat dan berkat kepada kita semua.
:)
Post a Comment