Monday, September 7, 2009

PINANG SINI PINANG SANA, UBN KINI PORAK PERANDA.

1. Renungan buat umNO b end dalam membuat keputusan samada nak bertanding di N31 Bagan Pinang atau tidak. Kalau tak pandai matematik, biar aku terangkan :




a) Jumlah undi yang dikumpul umNO b end dalam prk setakat ini berjumlah 89,333 undi, merosot 7,878 undi berbanding jumlah yang diraih pada PRU12 lalu. Manakala PR berjaya mengumpul 121,641 undi berbanding 122,107 undi, hanya merosot 466 undi. Maknanya, undi popular umNO b end beralih arah atau 'diam' tidak mengundi umNO b end lagi, walaupun umNO b end menggunakan 1001 macam strategi dari kes Saiful hinggalah Tok Guru di serang, 100% jentera kerajaan di 'utilised' kan namun gagal mengekang kebangkitan rakyat.
AKU CADANGKAN KEPADA umNO b end, TAK PAYAHLAH BERTANDING DI BAGAN PINANG, BUANG DUIT SAJA, RUGI MASA SAJA DAN HURU-HARA TELOK KEMANG NANTI.

b) 7 prk umNO b end kecundang termasuk prk Penanti lari sebelum berperang, hanya satu di Batang Ai, Sarawak di pertahankan. 7 jenis calon umNO b end pertaruhkan, dari yang memegang jawatan ADUN hinggalah 'peguam' yang penuh kontrovesi, semuanya tersungkur kepada bekas TPM hinggalah kepada seorang peniaga berwibawa. Maknanya, hebat mana calon umNO b end pun rakyat sudah muak dengan umNO b end, rakyat sudah cerdik (seperti mana kata DS Rais Yatim), sudah pandai menilai yang mana kaca dan yang mana permata.
AKU CADANGKAN KEPADA umNO b end, CALONKANLAH SESEORANG YANG HEBAT PERIBADINYA DAN DISUKAI RAKYAT (ada ke?). BAIK CALONKAN DS NAJIB ATAU TS MUHYIDDIN ATAU TS ISA SAMAD, MUNGKIN MAKIN TEROK KALAHNYA NANTI.

2. Buat warga pengundi di N31 Bagan Pinang, inilah masa dan ketikanya, buktikan kepada dunia, rakyat Bagan Pinang termasuk dari golongan yang cerdik dalam membuat pilihan. Mereka umNO b end akan datang kepada kamu dengan berpuak-puak, datang dengan berbagai janji, hampir dengan kamu dengan wang ringgit dan harta benda, maka kamu dengarlah janji manis mereka dan kamu ambil apa yang mereka berikan, TAPI INGAT, BILA KAMU DIBERIKAN PENSIL DAN SEKEPING KERTAS UNDI, JANGAN LUPA DAN LALAI, JANGAN TERAGAK-AGAK LAGI, UNDILAH PAS !

3. BN akan tunai janji ikut peti undi. BN akan menunaikan janjinya di kawasan peti undi yang dimenanginya walaupun calonnya kalah dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir 25 Ogos ini. Kali ini kita guna pendekatan berbeza di mana kita akan tunaikan janji kita mengikut peti undi, kata ketua Umno bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Jika di satu kawasan peti undi itu mahukan jalan, jika peti undi itu BN menang, kita akan bagi jalan kepada mereka. Walaupun calon kita kalah, jika di mana-mana peti undi kita menang, kita akan tunaikan janji kita kepada peti undi yang menang selepas pilihan raya itu," katanya selepas mesyuarat Umno bahagian itu malam tadi, lapor Bernama.
Setahu aku peti undi yang dimenangi umNO b end hanyalah peti undi POS. Harap Datuk Jalil segeralah tunaikan janji, binalah lebuhraya didalam peti undi POS dan buatlah pembangunan didalam peti undi POS. Kalau hanya pandai berjanji, Maidin jual putu mayam pun boleh. Patutlah umNO Permatang Pauh nak kena bubar, bukan bubar lagi, KUBURKAN TERUS!
 
4. Belum mula pun lagi di Bagan Pinang, porak peranda pula di Pulau Pinang, negeri yang diterajui oleh Dato Zahid Hamidi. Tak kan sampai 2 ADUN nak letak jawatan? Sejak DZH jadi ketua, makin teruk umNO Pulau Pinang? Kalau macam inilah gayanya, baik jaga Bagan Datoh sahajalah.
AKU CADANGKAN, DZH KERAHKAN 2 BATALION TENTERA DARAT, 1 KAPAL SELAM (yang baru beli) DAN 2 SKYHAWK MENYERANG DAN MENANGKAP 2 ADUN YANG TERSEBUT.

No comments:

BERITA TERKINI