Thursday, September 24, 2009

JEJAK KASIH - KELANTANESE X ITM 80's


AlhamduliLlah, setelah lebih 20 tahun berpisah bekas pelajar ITM 80an Shah Alam akhirnya dapat dikumpulkan.

Semalam bertempat di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan seramai lebihkurang 50 orang bekas pelajar ITM 80an berjaya ditemukan semula.















Walaubagaimanapun tanpa inisiatif dari Che Hassan (photo atas) majlis semalam tidak akan membuahkan hasil.

Tahniah kepada Che Hassan kerana berjaya mencetuskan perjumpaan kali pertama ini, semoga usahanya merapatkan tali silaturrahim ini mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah SWT.

Majlis semalam agak kurang lancar, maklumlah setelah lebih 20 tahun berpisah bila berjumpa semula bertanya khabar dan banyak cerita serta pengalaman yang nak dikongsikan bersama menyebabkan majlis bermula agak lewat. Namun wajah masing-masing jelas ceria tetapi dapat dirasakan juga akan ketidakpuasan hati masing-masing yang hanya dapat berjumpa sekadar hanya beberapa jam sahaja.














Untuk meneruskan kesinambungan ini, semalam juga ajk sementara dilantik untuk bertindak sebagai penghubung kepada ahli-ahli dan akan bertanggungjawab menganjurkan perjumpaan seterusnya dimasa yang akan datang, insyaAllah. Malah blog khas akan dibina dalam masa terdekat supaya komunikasi antara satu sama lain akan terus subur dan berkesinambungan.

Akhir kata aku merayu kepada semua bekas pelajar ITM 80an Shah Alam (anak Kelantan) sekiranya terbaca atau mendapat khabar berita ini sudilah kiranya berhubung terus dengan aku (guna email aku) atau Saudara Zaidon Ismail (zaidon_ismail@yahoo.com) supaya dapat disampaikan apa-apa berita terkini atau sesi perjumpaan seterusnya.


nota: maaf, kualiti photo kurang memuaskan, photo lain akan diupload kemudian nanti.

No comments:

BERITA TERKINI