Saturday, September 19, 2009

LETAK JAWATAN !


TUN DM KATA : "PEMIMPIN YANG GAGAL PERLU LETAK JAWATAN! MALAH DI JEPUN SEHINGGA SANGGUP MEMBUNUH DIRI."

Kenyataan ini pastinya dituju kepada seluruh pemimpin bukan sahaja kepada Samy Vellu, supaya letak jawatan atau berundurlah dengan terhormat apabila mengalami kegagalan. Gagal sebagai pemimpin mempunyai pengertian yang luas.

Sindrom sedar diri selepas bersara seakan menjadi satu trend kehidupan yang konsisten bagi seseorang pemimpin di Malaysia, tidak seperti di negara tamadun lain mereka lebih berjaya menonjolkan sifat positif kesedaran diri dengan turun 'takhta' walaupun berada di kemuncak kejayaan karier mereka apabila gagal bukan sahaja sebagai pemimpin tetapi gagal didalam satu-satu projek negara.

Walaupun negara telah lebih 50 tahun merdeka tapi jiwa pemimpin kita masih 'terkurung' seperti dizaman penjajah. Fe'el pemimpin yang gagal tapi masih nak tonjol diri bahawa mereka 'berjaya' menyebabkan rakyat marhaen bersikap silent protes malah rakyat terbanyak berpikiran pemimpin begini seperti pemimpin yang cerdik tak boleh di ikut, bodoh tak boleh di ajar.

Yang peliknya, golongan pemimpin yang dah bersara inipun tidak kurang juga hebatnya naif bab ini ketika berada dikemuncak satu ketika dulu, tapi bila dah pencen pandai pula berkokok mengajar orang lain.

Tun DM patutnya lebih awal 'berambus' dari takhta, apabila gagal menyatukan umNO b end. Perpecahan umNO b end di zamannya jelas dan amat ketara sekali, bilamana umNO berpecah dan wujudnya Semangat 46 sehinggakan Kelantan berjaya diperintah PAS masa itu, kini dan insyaAllah selamanya. Rakyat juga tahu TDM gagal merampas balik Kelantan pada setiap kali pilihanraya dizaman pemerintahannya. Dan banyak lagi kegagalan lain yang kalau nak di perturunkan disini sampai besok pun tak habis.

Tun Lah dilihat lebih berintegriti dari Tun DM bila berundur dan turun 'takhta' bukan kerana desakan sangat tapi lebih kepada kesedaran diri dengan kegagalan demi kegagalan yang menimpa beliau. Desakan tentunya datang dari timbalannya yang mengkambing hitamkan orang lain sebagai pendesak atau puak pendesak. Timbalannya pada ketika itu bimbang menerima nasib seperti DS Anwar, maka digerakkan 'perang' keatas Tun Lah supaya dapat beliau naik 'takhta' secepat mungkin.

Kini yang nampak di mata Tun DM, Samy patut berundur atau kalau malu bunuh diri sahaja.Samy gagal menyatukan orang India (mic), Samy gagal menerajui mic mengharungi pru12,Samy gagal di Sungai Siput tempat yang tak pernah beliau kalah malah Samy gagal memberi sumbangan dalam setiap 7 prk lepas, kaum undi masih kekal dengan pr.

Pemuda umNO kini dilihat sudah tiada 'telor', membiarkan Samy mengutuk Tun DM ibarat merestui siapa sahaja mengutuk bekas pemimpin besar umNO. Hari ini Samy dan konco-konconya mengecam dan men'sampah'kan Tun DM dan b end, besok akan ada pula Ah Chong atau Mangkok anak Batu atau Ampu Singh mengutuk dan memperlekehkan
pemimpin besar umNO.

Letak jawatanlah Samy!

Tempias ini patut di rasai juga oleh DS Najib. PM kini juga dah banyak mengalami kegagalan malah rasanya bukan semakin berjaya tapi sebaliknya yang berlaku. Sebaik
dinobatkan presiden umNO, DS Najib gagal menghadapi PR di Bukit Gantang, tersungkur di Bukit Selambau, kalah sebelum perang di Penanti, tewas dengan hanya peraih ikan
di Manek Urai dan dibesarkan ke'malu'annya di Permatang Pasir baru-baru ini. Bukankah ini kegagalan beliau sebagai orang no 1, jangan pula nak menyalahkan orang lain atas semua kegagalan ini.

Ini adalah kegagalan sebagai orang no 1 dalam umNO, DS Najib juga ketua b end (yang sudah hampir penghujung usia) dilihat gagal menyatukan konco-konco gabungannya juga gagal mendisiplinkan pengikutnya. MCA sedang menghadapi saat-saat perpecahan yang besar malah entah-entah bakal hancur dan ber'jirat' di Bukit China, Kok Lanas, Kelantan.

MIC lagi teruk, tak puas India didalam mengutuk sesama mereka, India didalam mengutuk pula 'India' diluar MIC.

Sebagai ketua kerajaan, DS Najib gagal membawa negara ketahap yang diharapkan rakyat, KPI hanyalah retorik besar yang tidak akan memandu negara mencapai kemajuan dan kemakmoran. 'Kuli-kuli' menterinya gagal menyumbangkan pencapaian yang berkualiti, hanya pandai melaungkan slogan-slogan tapi pelaksanaannya kosong. Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan gagal, bertukar menjadi rakyat tetap di HULU kan dan pencapaian kita di TAMAK kan. Harga minyak terus meningkat, bekalan gula tidak mencukupi, pembangunan terpilih hingga masih ada rakyat yang terpinggir, bidang kehakiman masih tidak bebas dari cengkaman kuasa excutive,badan penguatkauasa juga di cengkam dan di cucuk hidung oleh kuasa executive,dan banyak lagi.

Letak jawatanlah Najib!

TS Muhyiddin juga gagal menjadi orang no 2 yang berkesan, beliau telah mengepalai setiap prk bermula dari Bukit Gantang lagi sehinggalah di Permatang Pasir, semuanya
melainkan Batang Ai, di 'terajang' PR. Jelas, beliau gagal atau sengaja menggagalkannya supaya rakyat melihat orang no 1 yang patut di persalahkan bukan beliau. Itulah strategi sebagai orang no 2 yang sudah tentunya mempunyai cita-cita untuk jadi orang no 1.

Tapi kalau duduk di no 2 pun gagal macam mana nak jadi no 1.
Letak jawatanlah Muhyidin!

umNO umumnya telah gagal. Lebih 50 tahun merdeka, masih ada orang umNO yang mengarak kepala lembu masuk bandar, macam orang asli di Afrika Selatan yang bercawat kote dapat kepala babi hutan. Kalau umNO gagal membentuk minda dan peribadi terhadap ahli umNO sendiri mana mungkin berjaya membentuk rakyat seluruhnya. Itupun masih nak
bongkak tepuk dada, aku umNO lah yang membawa perubahan di Malaysia.

umNO juga sebagai tulang belakang b end, gagal menyatupadukan semua parti-parti gabungannya. Masing-masing membawa haluan sendiri, aku-aku dan engkau-engkau, aku tak usik engkau, engkau juga jangan usik aku.

Kegagalan pru12 bagi mca, mic dan gerakan adalah berpunca dari umNO. Sikap umNO yang memualkan mereka menyebabkan mereka secara terang-terangan menyalahkan umNO dan PR berjaya mengaut undi dari mereka.
Undurlah umNO!

No comments:

BERITA TERKINI