Sunday, September 27, 2009

SAMPAH ITU CEMAR


Nampaknya isu sampah masih tak sendit (berakhir). Kalau sampah yang bertimbun di tong-tong sampah melimpah ruah hingga nampak seperti bukit kecil (bukan Bukit Gantang atau Bukit Selambau) aku tak berapa hairan. Maklumlah cuti raya yang agak panjang, pekerja-pekerja bandaran pun cuti panjang dan memanjangkan cuti. Sampah terhimpun sejak dari malam raya hinggalah beberapa hari selepas raya, situasi ini lazimnya berlaku dimana-mana pun.

Sampah yang dihimpun selama beberapa hari itu tentulah cemar, kotor dan baunya menusuk ke kalbu. Oleh kerana cemar, kotor dan baunya yang tak tertahan dek lubang hidung itulah sebabnya sampah ini dibuang. Tong dah penuh dan sendat, di baling juga di sekeliling tong sampah tersebut, tak apa asalkan ada bersama-sama sampah yang lain.

Aku masih ingat kata-kata Samy Vellu (presiden mic yang bakal bungkus), "pengundi menyampah dengan b end, bukan dengan saya, sebab itu saya kalah." Inilah tanda-tanda awal Samy Vellu akan di buang b end, kerana b end adalah sampah.


B end adalah sampah bagi Samy Vellu, tanpa dia sedari atau lupa diri (ada juga India mudah lupa, ingatkan Melayu sahaja yang mudah lupa), dia juga adalah b end, mic juga adalah b end. Maka Samy Vellu juga adalah sampah. Sampah tempatnya dimana? Di tong sampah.

Dr Mahathir pula berkata, walaupun penting bagi Umno menang di Bagan Pinang, tetapi calon yang tercemar akan memalukan parti dan kerajaan BN. Calon yang memang cemar, Isa Samad lah siapa lagi yang dimaksudkan TDM. Tapi adakah Isa Samad sahaja yang cemar.

Teringat aku pada bulan March yang lalu, (rujuk posting aku pada 30 March 2009 yang bertajuk Cemarnya Tun Mahathir), TDM berkata, "saya rasa diri saya akan tercemar jika saya berada dalam majlis yang disertai oleh orang yang mendukung amalan rasuah.". Kenyataan yang dikeluarkan ketika berlangsungnya perhimpunan agung umNO, tapi tak sampai 24 jam selepas itu beliau muncul dimajlis yang cemar!

Maka benar lagi nyata, umNO itu sememangnya cemar. Yang berkata-kata berasa diri sendiri tidak cemar akhirnya turut cemar. Kalau begitulah andaiannya, siapa lagi selain dari Isa Samad unuk dicalonkan? Kalau umNO keseluruhannya dah cemar, adakah lagi yang tidak cemar? Mungkin Isa Samad tidaklah secemar orang lain yang lebih cemar!

Benda cemar adalah benda sampah, maka umNO itu sampah, betul juga kata Samy Vellu, orang menyampah dengan b end.

Dalam banyak-banyak sampah ada pula sampah 'muda'. Sampah atau yang cemar, biasanya benda yang lama, benda yang tidak berguna, sisa-sisa dari benda elok, tapi kalau sampah 'muda' pula bagaimana ya?

TG Nik Azizi berkata faktor tua bukan menjadi penghalang seseorang daripada menjadi pemimpin politik. Tambahnya lagi, "tua apa salahnya, kalau muda pun hanya sampah, apa guna? Reaksi TG Nik Aziz terhadap cabaran Ibrahim Ali supaya letak jawatan, tak pasal-pasal kena jadi sampah (dulu jadi katak).

TDM patutnya nasihatkan Ibrahim Ali, orang harapannya satu masa dulu, minta dia banyak-banyak bersyukur dan berterima kasih, jawatan sekarang pun hasil dari sedekah PAS kepadanya.


Kata orang tangan yang diatas lebih mulia dari tangan yang dibawah. Ibrahim Ali dulu beria-ia minta 'sedekah' dari TG Nik Aziz nak bertanding di PRU12 lalu dibawah lambang PAS, malah seluruh 'tentera' PAS membantu memenangkannya tapi sekarang sudah jelas menentang PAS.


Lebih hinanya tangan dibawah, Ibrahim Ali yang dulunya popular dengan kataknya kini sudah menjadi sampah, sampah muda!

Oleh itu ingatlah wahai pemimpin semua, jangan sampai tercemar dan menjadi sampah. Kerana yang cemar dan yang sampah akan dibuang orang, kalau bukan dalam tong sampah dibuang juga disekitar tong sampah itu.

PRU13 nanti jom kita pakat buang sampah dan bahan yang cemar. umNO b end kita buang, Ibrahim Ali juga kita buang, kerana mereka ini adalah sampah dan bahan yang cemar lagi kotor.


InsyaAllah.



No comments:

BERITA TERKINI