Saturday, September 12, 2009

TOKOH LAWAK DEKAT RAYA


Samy Vellu pun dah tak hormat lagi dengan bekas PM, TDM. Masing-masing cuba nak tegakkan benang basah mereka, padahal kedua-duanya 2 X 5 sahaja. 
Lawak 1 :
TDM kata, "siapa jadi timbalan beliau, lama sikit, nampak orang itu popular, beliau cantaslah." Samy Vellu kata, "beliau hanya mempunyai seorang timbalan selama 25 tahun, tetapi Dr Mahathir mempunyai empat timbalan selama 22 tahun memegang jawatan." Tepat sekali kata Samy Vellu tu, nampaknya Samy Vellu belajar dari TDM, ketika TDM mencantas Anwar Ibrahim dulu atau Samy Vellu lebih baik dari TDM.
Lawak 2 :
Samy Vellu kata, "beliau dijadikan kambing hitam ekoran kekalahan teruk MIC dalam pilihanraya umum lalu".
Alahai Samy, tak sedar lagi ke? Yang kambing tu aku tak tau lah, tapi kalau hitam tu memang tepatlah tu.
Lawak 3 :
Kata Samy Vellu lagi, "mereka bukan menyampah dengan saya. Mereka menyampah dengan BN," katanya yang gagal mempertahankan kubu kuatnya di parlimen Sungai Siput dalam pilihanraya Umum Mac tahun lalu.
Ayo yo, Samy Vellu pun dah menyampah dengan b end. Kalau lah rakyat di Sungai Siput tak menyampah dengan Samy Vellu, tentu sekali mereka beri undi kepada Samy Vellu, tetapi beliau tersungkur makan tanah juga di tempat kubu kuatnya sendiri. Maknanya Samy, rakyat di Sungai Siput bukan sahaja menyampah dengan b end tapi lebih menyampah kepada kamu kerana b end itu juga kamu dan kamu juga adalah b end.
Nampaknya barisan pemimpin tertinggi b end kena ambil serius dengan dakwaan Samy Vellu ini. Beliau sudah terang-terangan menghina dan menyalahkan b end akibat dari kekalahan beliau di Sungai Siput. Tindakan perlu diambil terhadap Samy Vellu, hari ini ketua pemimpin India berkokok men'sampah'kan b end, esok akan tampil pula ketua pemimpin dari kaum China men'tong sampah'kan b end.
Bertindaklah sebelum terlambat!

1 comment:

Anonymous said...

yahoooo, alan akhirnya b end pupus..forever...

BERITA TERKINI